Sunday, 24 May 2009

malu nyer aku...

jumaat kelmarin, 22 Mei 2009
kelas statistik & kebarangkalian
chopstik barangkali

kelas stat jam 10am
di FKE BKE4
chapter 4

kelas bermula,
tot tet tot tet...

blaja cara nak tengok table kat belakang buku tu
tertarik daku tengok ia
sampai satu masa, satu soalan contoh tu
Puan Fauziah : "ok, ape jawapan ia? sila rujuk jadual di belakang buku ok"
seperti biasa aku n farah selalu akan cuba menjawab ia (koya)
belek punya belek,
sume budak ni senyap je taknak jawap, dengan rela aku jawab
aku : "0.9636" (dengan yakin nyer)
5, 6 saat after, ade 2, 3 budak laki jawab jawapan yang lain daripada aku
hohoho
itu ker jawapan nyer..??? eheheheee...
tiba tiba kaki kiri aku yang bersilang di bawah terasa sejuk dan kaku
telah kucuba untuk menggerakkan sedikit tetapi tidak kumampu
untuk tidak menunjukkan sebarang kesan perasaan malu yang sedang ditanggung
di dalam hati
dahla 2 seat betul betul belakang aku boys duduk, ish!
tetapi aku pura-pura buat tidak salah bagi jawapan
haha
lantak la
diorang nak kutuk aku salah ke hape ke
hehe
harap-harap takda

Tuesday, 19 May 2009

Moga Allah merahmatimu sentiasa


Naidatul Balkis,

[aku, aneys, naida]

Semoga Allah sentiasa merahmati hidupmu sahabatku

Keep sHining like a canDLe
Keep blooming like a fLower
Wish u the happiness & get what u dream

Kick off ur shoes, take a break,
Crank the tunes, Dance & Shake,
light the candles, cut the cake.

Make it a day, that's simply Great!!!

HAPPY BIRTHDAY !!! 22th @ 19 May 2009
EnjOy uR sPeciaL day ok
.
.

Saturday, 16 May 2009


Hari ini, 16 Mei ek...
maka, dengan ini, ku ingin mengucapkan,
SELAMAT HARI GURU
kepada semua yg pernah menjadi guru@cikgu@pendidik@pensyarah
kpd ku. di Tadika Jelai 04, SK Jelai 02, SMK Jelai, Muar Science School,
PSMZA Dungun, KPJ Healthcare, UTeM Melaka.
Tak lupa juga kepada kakakku - SMK Tmn Selayang, Selayang
abang n kakak iparku - SMA Hj Mohd Yatim, Ulu Gadong
Juga kepada sepupu-sepupuku di sekitar Johor itu.

Tetapi, dua insan yang lebih utama dalam mendidikku adalah
ayahanda & bondaku
yang telah banyak mengasuh serta mendidikku
juga membimbingku sehingga kini.
.

Friday, 15 May 2009

kebimbangan alam

Salam..

berita hari ini,
virus H1N1 !!!
mangsa pertama di Malaysia !
ayoyo.. student dr US blik M'sia umo 21 thn.
skrg ade di hosp sg.buloh lokasi kuarantin nya itu...

semoga Malaysia selamat

amin ~

**mak pesan, jgn g pekan2 n tmpat2 y ade org ramai...bhy
ingat pesan mak tu..
tapi rase cm nk g tgk wayang jerk..hehehe
xde,..td tejumpa iklan movie bru..film Thai. The Power Kids. agak menarik.
hingga tertarik nk g tgk lak. tapi tatau nk tgk dgn sape. ?
...

Monday, 11 May 2009

Hari Ibu?

Eid '08 ~ emak abah bersama upin & ipin


Semalam?
Hari Ibu?
oh, selamat hari ibu kepada emak, Pn.Zaharah bt Hj Musa
baru hari ini nak ucapkan?
sepatutnya bukan kan..
siapa kah kandaku yg sulong? oh, kakak ku itu.., yg lahirnya, 18 September 1978 tu..
eh eh, dh banyak umur kakak ku itu rupanya ! heheh ;D
begitulah banyak nya, bondaku sudah menjadi seorang ibu..
DAN,, 18 September lah menjadi tarikh keramat kepada bondaku
sebagai ibu. JUGA ayahandaku itu kan... En.Md.Ngisum B Hj A Manan
sebagai seorang bapa. memang keramat tarikh itu. apakah agaknya perasaan mereka
seketika detik tersebut bermula dengan pangkat baru itu [ibu & bapa] .

sebenarnya, baru ku ketahui beberapa bulan yg lalu,
daripada usrah group bersama kak Fadh, kak Amni, Eima n Syawana, bahawa
sejarah hari ibu @ Mother's Day itu apakah kaitan nya'
aduhhai dunia..topik utama usrah itu adalah valentine day @ hari kekasih,
timbul pula diskusi kami kepada hari ibu dan hari lain2 pula.
alkisah, begitu rupanya.

semalam,
sogo kl adalah lokasi ku seketika, lunch hour
bersama emak, abah, akak, her husband, her sons ~ nabil n nawwar
akak bg emak perfume dr BodyShop
alamak, aku blum keje lah.hehe
tapi aku sempat lari kt secret recipe depan tu, rembat choclate indulgence ~ my favor
nyum2, mmg utk ibu lah. tapi konfem mak x abes nye.heheh

di masa2 itu, lidah ku kelu tatkala teringat akan usrah itu.
perlukah, wajib kah, adakah, betulkah, salahkah
ok

sesampai di rumah, google kucapai, sedikit kajian dioperasikan
oh ya. Malaysia dan beberapa lg negara mengambil cntoh amerika dan kanada
sambutan hari ibu ini. hasil sumber yg aku dapat, indonesia shj yg mengambil tarikh lain khsus kepada sejarah mereka sendiri. apakah ini

then, 11:37 pm. adik bongsuku dr asrama[mrsm gemencheh] call, kirim brg pe tah td,
adik : " k.cik, cikgu adik cakap, tak boleh sambut hari ibu ni sebenarnya...err..tapi....ckp kt mak selamat hari ibu utk hari-hari..' ".
aku plak : " a'ah, memang tak boleh. Eh, cakap la kt mak sendiri. Brg2 tu..,~bla,bla,bla~,, ok. "
adik : " ok, pggilkan mak "
so...,

~sebahagian dr artikel

{ Sejarah sambutan Hari Ibu yang kini dikenali di seluruh dunia pada hari minggu ke 2 bulan Mei berasal dari sambutan memperingati wanita bernama Anna Reeves Jarvis yang bermula pada tahun 1908. Kematian Anna Reeves Jarvis’s telah menyebabkan anak perempuannya Anna M. Jarvis memulakan kempennya untuk mewujudkan sambutan Hari Ibu secara rasmi. Dalam petisyennya kepada gereja di mana ibunya telah menghambakan diri untuk mengajar di kelas gereja setiap hari ahad, maka pada 10 Mei 1908, permintaannya telah dimakbulkan dan sambutan Hari Ibu telah dibuat secara rasmi di West Virginia. Pada waktu sambutan itu Anna M. Jarvis telah membuat dekorasi bunga Carnation sempena bunga kegemaran ibunya. Begitulah sejarah bunga Carnition dijadikan bunga rasmi sambutan hari ibu . Lazimnya Carnation Putih untuk penghormatan bagi ibu-ibu yang sudah tiada manakala Carnation Merah atau Merah Jambu untuk ibu-ibu yang masih ada. Di negara-negara Arab juga menyambut Hari Ibu pada 21 Mac dan kita di Malaysia memperingatinya seperti kebanyakan negara lain iaitu pada Ahad kedua pada bulan Mei. Di negara kita juga ada penganugerahan Ibu Mithali yang diadakan setiap tahun oleh Yayasan Dakwah Islamiah bertujuan mengitiraf Ibu-ibu yang berjaya memberikan didikan kepada anak-anak dengan kasih sayang sambil menekankan aspek dunia dan akhirat. }


Astaghfirullah...

macamane ni...
aduhhai...

Maka, akak, abang, adik2 ku,
Hari Ibu dan Hari Bapa kita adalah 18 September lah.


TEPUK DADA, TANYA IMAN
Renung-renungkan,,dan,,selamat ber'amal ! =)


Thursday, 7 May 2009

PESANAN IMAM SYAFI'E

4 perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan
1. Kerap bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

4 perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

Monday, 4 May 2009







Semalam,03 Mei 2009, p seremban
jalan raya punye la sesak
kenderaan y menghala ke arah seremban-kl bergerak
sangat perlahan sama macam perarakan kereta berhias time merdeka tuh
hampeh lah
sangat busan traffic jam!
jam start dari jalan Rembau hingga ke Seremban.
akak y dari Rawang kata, highway jam start dr hentian Seremban ke
selatan sesak.
akak, abg ipar n ank2 diorang dtg dr Rawang ke seremban
ku dgn emak n abah ku dari Gemas ke Seremban
bertemu di stesyen komuter n amik Nawwar Sufi bwk balik
holiday seminggu la dia ngn kitorang...

merangkak bersama Khairus Syifa'

.
.
.
KHAIRUS SYIFA' bt Mohamad Hafiz B Md. Ngisum B Hj A Manan B Hj A Karim


berjayakah syifa' mengatasi 1 anak tangga itu + khusyuk menonton tv


melihat ketinggian tangga yang akan diredahi


" alang, wish me Luck k ! ", syifa'.

ini dia anak buah sy yang ke-3
khairus syifa' namanya, anak kpd abang sy
skrg ni dia dh 7 bulan umurnya, dah pandai merangkak..
kalau sblm ni, dia blaja mrangkak asik tersungkur tersembam ke lantai hidungnya
kali ini dengan berani dia dapat membuat kajian terhadap semut2 di lantai

tak sabar nk tgk syifa' berjalan tatih2
nt tolong mak lang kemas rumah k syifa'
.

.
.

Sunday, 3 May 2009

Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhanku
ampunilah dosaku
dosa hambamu ini
yang seringkali lalai
lalai mengingatimu
lalai mengerjakan
suruhanmu ya Allah
ya Allah ya Tuhanku
berikanlah daku
kekuatan iman
agar dapat daku
menghadapi segala
dugaan & cabaran
di dunia ini.....

amin..

Saturday, 2 May 2009

12:48 am

hari..ini..ku dapat ilham baru drpd..
sebuah lagu yg baru kusedut dr rangkaian dunia..
lagu nya yg kudapat ialah

KETIKA CINTA BERTASBIH

love dis song.
try test it!
nikmatilah maksudnya.
erm

di sini ku selitkan video OST tersebut
yg menjadi OST kepada fiLem tu la...
haa...

video

td chat, kedapatan eBook cite tu dr sorang cnior kt kolej.
jasa baik nya tlh mberiku eBook cite tu..
386 pages!
hah!
buLeh ke ni..nk khatam..
dhla da lame x lyn novel2 ni

ahahaaa...

video

Related Posts with Thumbnails