Wednesday, 22 December 2010

agar aku ...

adamku
kau sebenarnya imam dan aku makmum
aku adalah pengikutmu kerana kau ketua
jika kau benar,maka benarlah aku
jika kau lalai,maka lalailah aku
wahai adam
kau punya kelebihan akal
manakala aku kelebiahn nafsu
akalmu sembilan,nafsumu satu
akalku satu,nafsuku beribu
oleh itu,adam..
pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa
sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya

adamku
aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu
akanku aminkan doamu
agar kelak luas syurgaku
lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu
agar kelak nanti diberkati Ya Rabbi
kenalkan aku dengan majlis-majlis agama
ajarilah aku Yassin dan memahami Al-Quran
kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penh barakah
khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu
bimbinglah aku dengan amar ma'aruf dan nahi mungkar

adamku
ajarilah aku
agar aku menjadi isterimu yang solehah
didiklah aku supaya menjadi permata dilembah kaca
selimutkan aku dengan iman dan taqwa
sebagai bekal ke jalan Allah
ingatkan aku supaya tunduk,hormat dan patuh kepadamu setiap waktu
tolonglah adam
agar aku tidak beku
bantulah aku
agar otakku tidak buntu
selamatkanlah aku daripada seksaan api neraka yang tidak tegar aku tanggung
pimpinlah aku menuju nur Al-Jannah
tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah
bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah
moga aku secerdik Aisyah Humairah Rasulullah
setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah
sezuhud dan sepatuh Rabi'atul Adawiyah
sekuat iman umpama taatnya sumayyah
seikhlas dan semurni hati Halimas sa'adiah
serta segagah Nailah Al-FArashiyah yang tegar
meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah
seindah wanita adalah solehah
moga aku hiasan terindah hidupmu Adam..

~insyaAllah~

Sunday, 28 November 2010

YA ALLAH AKU BERIMAN AKAN KEBENARAN SYURGAMU TAPI MENGAPA DIRI INI KERAP TERLUPA ?

Syurga menjadi negeri yang indah untuk didiami kerana seluruh penghuninya memiliki hati yang jernih dan saling mencintai. Tidak ada lagi iri hati, hasad dengki dan terkilan apabila melihat saudara atau jirannya mendapatkan nikmat. Tidak ada lagi kata-kata dosa atau ucapan tak berguna. Yang terdengar hanyalah ucapan salam yang disebutkan berulang-ulang, juga tasbih dan pujian kepada Allah sebanyak hembusan nafas.

Negeri penuh kedamaian ini terbuka hanya untuk orang yang berhati damai (qalb salim), iaitu hati yang dipenuhi keimanan kepada Khalik dan cinta kepada makhluk. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kamu tidak akan masuk syurga sebelum beriman. Dan iman kamu tidak akan sempurna sebelum saling mencintai. Dan mahukah kamu aku beritahukan suatu amalan yang jika dilakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.”

Jadi, hadis ini memberitahukan bahawa menyebarkan salam akan membawa ke Dar al-Salam. Namun anjuran ini tentulah bukan sekadar ucapan tanpa makna, akan tetapi diiringi tekad untuk menyebarkan kedamaian dan keselamatan kepada seluruh manusia. Sebab salam pada hakikatnya ialah doa yang kita sampaikan kepada seseorang agar diri dan agamanya diselamatkan daripada segala kerosakan, aib dan penyakit. Perkara ini sangat jelas jika kita amati satu persatu kata-kata yang terdapat dalam ucapan salam.

Imam al-Nawawi menambah, “Salam juga mengisyaratkan hilangnya permusuhan, hasad dengki, niat buruk apalagi gangguan yang hendak kita timpakan kepada orang tersebut.” Menuyebarkan salam dengan begitu, sama dengan menyebarkan kedamaian ke seluruh dunia dan membuka pintu persaudaraan kepada semua manusia.

Setiap Muslim yang memiliki kondisi hati yang damai seperti ini ditetapkan sebagai ahli syurga meskipun ia masih berjalan di muka bumi. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya daripada Anas bin Malik r.a., bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, maksudnya: “Akan datang kepada kalian seorang lelaki dari ahli syurga.” Tidak lama kemudian masuk seorang lelaki daripada kalangan Ansar. Setelah ditanya oleh Abdullah bin ‘Amr tentang amalannya, lelaki Ansar itu menjawab: “Dalam hatiku tidak pernah ada kebencian dan hasad dengki kepada seorang pun daripada kaum Muslimin.”

Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam kitab Lata’if al-Ma‘arif menukil ucapan ulama salaf yang berkata, “Amalan yang paling utama adalah menjaga hati, bersifat dermawan dan tulus kepada semua Muslimin. Dengan sifat-sifat inilah seseorang boleh tiba ke syurga, bukan dengan memperbanyakkan puasa atau solat (sunat).”

Prinsip yang disebutkan Ibn Rajab ini sangat penting untuk kita sebarkan kepada seluruh lapisan masyarakat kita pada hari ini. Terutama pada masa kini, setiap orang berasa dirinya memonopoli kebenaran dan membantah pendapat orang lain seolah-olah sedang berjihad menentang orang kafir. Sikap seperti ini bukan mendekatkan diri kita kepada syurga, malah menjauhkannya. Hanya hati-hati yang penuh kedamaian dan suka menebarkan kedamaian yang dapat membawa diri kita ke syurga Dar al-Salam yang kekal abadi.

by Ustaz Zahazan Mohamed

Friday, 10 September 2010

Salam Eid Mubarak

Assalamualaikum semua.

















Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah dimaafkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Halalkan semua ya.
Hati-hati di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang.



Ikhlas,
Noor Aini Md.Ngisum & keluarga.

Monday, 30 August 2010

kelebihan seorang wanita..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

zaujati zaujah


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Sunday, 29 August 2010

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

insyaAllah sahabat, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...


Saturday, 28 August 2010

Wanita adalah tulang rusuk lelaki..

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan WANITA untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir selepas satu pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”. Tiba-tiba WANITA terdiam dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan linangan air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negara tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia minum kopi dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akankembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”.

Seminggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dipatahkan kerana kebodohannya.………

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat. Oleh itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kita ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima ??

Sunday, 11 July 2010

Imam muda episod 7

Ustaz Shahrizan Daud (Mursyid Imam) ,"sebagai seorang imam, mesti mempunyai kredibiliti. bagaimana kita menampilkan karisma kita sebagai seorang imam. kita mesti mementingkan etika kita. barangkali cara kita bercakap. pemakaian kita bagaimana. sesuai atau tidak untuk kita meninggalkan kopiah kita untuk memakai topi ketika gotong royong seumpamanya. kita mesti cuba untuk menjadi imam yang fleksibel. maksudnya ialah bukan hanya kita sebagai imam,bererti kita orang agama dan kita menjadi orang agama yang tipikal. maksudnya serban, jubah sahaja, membaca al-qur'an sahaja, malah sudah tiba masanya untuk kita mendepani dalam era IT, teknologi dan sebagainya. mungkin sudah tiba untuk kita mengenali facebook, twitter, blog, dan sebagainya. bukan saja imam di kampung, malah kita akan menjadi imam di mata dunia insyaAllah."



Saturday, 3 July 2010

Kisah Rumah Tangga 1

sesekali deduakali tetigakali saya rerajin menghayati petikan2 luahanrasa KRT kat fesbuk. antara isu isu hari ini, bawah ni


1) Kisah Rumah Tangga : Kenapa ada suami yg suka buat rumah mcm hotel? Ikut suka dia nak keluar nak balik pukul brp? Balik makan salin baju, keluar balik...

2) Kisah Rumah Tangga : Ada jenis suami yg mintak duit kat isteri. Tak tau malu ke?

3) Kisah Rumah Tangga : Susah sgt ke suami nk ucapkan "Terima Kasih" atas segala yg isteri dah buat? Ada mutiara ke dalam mulut tu?



kes 1 tu, saya suka nak komen, jenis suami yang takda tanggungjawab.takda rasa kasih sayang kat kuarga. kot2 kalau ajal isteri mase suami suke2 g tengok bola kat luar memalam. dahla takda tanggungjawab, tak ke suami malu nanti, orang fikir apa nanti. waktu siang pulak keje sampai ke maghrib, takkan malam pun taknak duk kat umah luang masa dengan anak isteri kan...macammane rumahtangga nak maju...aihhh

kes 2 tu, banyak dah jumpa artikel dan diskusi pasal ni. tapi ramai jugak yang tak paham dengan hukum. tak takut dosa kot..

sedikit bahan untuk dikongsi :

isteri boleh mengambil wang suami tanpa kebenaran.. tapi cukup2 untuk keperluan sahaja.. bukan kehendak..
suami HARAM ambil tanpa kebenaran.. kalo ambil dgn kebenaran pun kene tau status wang isteri.. sama ada isteri bagi terus atau pinjamkan.. kalo pinjam tu pepandai la pulang.

kenapa suami tak boleh minta duit isteri?
kalau kaji balik...memang ada benarnya, Ini akan meletakkan diri suami tu sentiasa lebih tinggi dari isteri. Suami ketua keluarga perlu membataskan diri dia supaya sentiasa dihormati. Walaupun dia gaji kecil dari isteri, tapi dia yang sediakan segalanya, si isteri sudah pasti akan sentiasa merasa rendah diri dgn diri sendiri tapi bangga dengan suami. Masalah sekiranya suami dah tak tahu nak lihatkan dirinya sebagai ketua keluarga dan membiarkan isteri mengambil alih. Lama-lama isteri yang mengarahkan suami. fikir-fikirkanlah.

suami memang tak boleh amik duit isteri kecuali dgn kebenaran atau isteri nak bagi. tapi isteri boleh amik duit suami tanpa izin kalau suami tu tak bagi nafkah cukup. boleh amik setakat keperluan sahaja dan ianya halal. suami ialah ketua keluarga, jadi perkara ni memang make sense la semua tanggungjawab suami yg kena pikul, walaupun gaji isteri lebih besar. tapi kalau isteri nak bagi boleh je amik. tanggungjawab isteri cuma melayan suami tak lebih drp tu. err.. benda ni bukan sepatutnya dah ajar ke masa kursus perkahwinan?

Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Sekiranya aku harus memerintahkan seseorang sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya lantaran besarnya hak suami yang ditentukan Allah ke atas isteri".

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang -orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”


kes 3 tu, memang ramai para suami sangat pemalas nak ucap terima kasih. depa ingat isteri tu orang gaji ka. dahla tak bayaq gaji. kedekut ganda 23 la jawabnyaa..

Related Posts with Thumbnails