Thursday, 17 February 2011

lisa, u buat ape je cuti aritu? hehehe

hehehe, lisa duk umah je..klik2 website yang ade keje kosong. esok lisa ade interview kat damansara. lisa sangat nervoussss. doakan lisa tenang dan dipermudahkan. :]

Ask me anything

Tuesday, 8 February 2011

bermimpi ~



abah kate, kalau mimpi orang yang dah meninggal, dan arwah tak bercakap, mimpi petanda baik. cerita kat emak abah, pernah mimpi arwah nenek. nenek sihat bersih nak bawak sy pegi kenduri. dalam mimpi tu nenek tak bercakap pun. then mimpi arwah pakcik. cume wajah arwah pakcik je muncul n dia senyum manis macam abah.

kali ni mimpi sesuatu yang tenang. tak pernah mimpi macam ni. mimpi berada dalam sebuah masjid kemudian melihat seorang ustaz muda ( rasenye bujang :] ) berjubah hijau berkopiah. ape petanda mimpi tu ek. adakah ustaz itu jodohku? hehehe jangan nak perasan wahai ain. engkau tidak layak. sorry.


teringat dialog beberapa hari lepas,

aku : "mak, ain rase jodoh ain umo 30 nanti lah. atau hampir 30."
emak : "kerja dulu......"
abang : "jodoh maut di tangan Tuhan..."



Monday, 7 February 2011

tunangan | video best | luluSss!

Qabullll!

bukan ijabkabul..tapi tanda terima untuk lamaran antara dua hati. sahabat baikku sudah menjadi tunangan! alhamdulillah kata putus diikat majlis pernikahan akan langsung t i g a bulan saja lagi. bermakna sorang lagi sahabatku akan tukar status. ingat lagi memori taim tadika. dia lah kawan yang memberi tenang mase jari ni nak kene suntik. takut jarum memang moto besar waktu tu. dia lah kawan yang sekolah bersama makan bersama gossip bersama lari bersama kejar bersama eksiden moto bersama.



Leftenan Noor Faaizuun Zakaria


kenangan itu memang indah bila diungkap. pejam celik tido dengkor dah besaw ha dah nak jadi mak orengg. dulu mase sekolah rendah, taim rehat, pengawas, lepak tepi pagar sekolah, tengok kakak2 abang2 pegi sekolah menengah, rase tak sabar nak besar. tapi sekarang rase teringin kembali ke budak kecik je. dah besar ni nak kene fikir mase depan sendiri. nak pilih jalan hidup sendiri. semua sendirian berhad. umor 2 4 ni zaman kakak sendiri depa dah anak 1 dah. mungkin jodoh memberi ruang untuk aku l e b i h berdikari agaknye. ehehe
"sabarlah wahai hati.", tambah memujuk.

semalam online sebelah adik yang juge penggemar belog. tah belog sape dia surf, ade lah satu video menarik untuk ditonton lapisan umum. hukum harus untuk golongan remaja nak mule membesar sekarang ni termasuk lah adik aku sorang nu. memang dah lama nak luahkan rase hati ni pasal topik best video ni. tapi tak terluah takut ramai terasa termasuk adik aku. hakhak
tapi bile dah ade mekanisme yang boleh tolong sampaikan, hah terus upload kat facebook. 'fb'



seriously, memang adakala sms [pelik] or ayat [pelik] yang aku dapat tu tak dapat nak difahami. walhal Bahasa Melayu SPM A1. cehh. yelah mane tak pelik, contohnye

"ta na tape la sy ta kesa" = "tak nak takpelah sy tak kesah"

"dier taktawu bilew kowwt.." = "die xtau ble kot"

kadang2 sampai berbelit sel otak nak faham bahasa diorang. :( aku masih tak dapat nak kaji dari mane asal usul 'bahasa' diorang tu. kalau nak kate berasal dari zaman budak2 sekarang, tak jugak sebab ade jugak warga seangkatan umur aku join adventure 'bahasa' tu. entahla, terpulang lah masing2 nak berbahasa apa. tapi,

"Bahasa Jiwa Bangsa"


pagi tadi dengan rasa bangga datang sekolah memandu Arah Kencana yg best tu. sebab nak retest utk lesen motor. huahuahua memalukan jer post kat sini. termasuk posting 2 minggu lepas tu. *blushing*
alhamdulillah lulus. lepasni boleh lah merempit kutub utara kutub selatan yeahhh!
hati tercuit after selesai ujian lesen. abang JPJ tu tanya, "ustazah ngaja sekolah mane?"
aik! ade rupa ustazah ke aku ni? hihihi bukan bangga (kot) tapi pelik. *blushing*


Saturday, 29 January 2011

asik tak jadik jek

tak jadi tak jadi tak jadi
asik asik tak jadi. bile lah nak jadi nyer...
ish tak baik merungut. motivator kate, merungut ciri-ciri tiada kejayaan.hurm
yelah bukan nak merungut cuma nak refresh kan minda...sebab tak dapat ke tempat yg dapat meng-refresh-kan diri.
mane taknyer...cuti gongxi raya kali ni takde gi memane pun..sume nye sekolah-sekolah skema punye pasal..orang lain dah fly ke bandung, bangkok, london, kite gak still depan pc nih.
yelah, selalu bile cuti panjang je mesti ade event family g jalan-jalan even just around mesia je tapi keberkatan berkumpul 1 famili tu sangat barakah. tapi kali ni takde harapan dah nak petik strawberry sendiri kat tanah tinggi cameron. mane taknye, dah dikecewakan waktu reunion class dulu takde pun petik strawbery sendiri. bila tengok album anakbuah2 kecikkecik lagi depa dah rase experience petik memetik tu.

yelah kat umah ni maklang dia salu petik buah kelapa jer...manggis, rambutan, langsat, duku, danlainlain. nak gak rase pengalaman petik strawberry kan...ala ala omputih gitu..nak jadik menantu tokey ladang strawberry dah terlepas chance dah.takde jodoh nak wat cane..adess (jangan mengeluh, mak kate jodoh yg akan datang lebih baik.[senyum lebo])

takpelah tunggu je lah cuti pertengahan sekolah bulan 3 nanti kot..mane lah tahu jadik ke kot plan tu..tapi kalau ade kamera dslr mesti lagi masyukk bile holiday. bile la ek nak dapat kamera sendiri yang besa dabag tu. bile dengar story kawan-kawan lain, masing nak mintak bakal suami hantaran letak 1 dslr..best jugak kan, honeymoon g tempat2 menarik sonok gak leh capture2 keindahan ciptaan Allah yang hebat2 tu. kerja>duit>harta [berazam]

Friday, 28 January 2011

new widget button yeahh!


hari ni ngengade membelog. dapat lahh letak widget baru kt belog ini. iaitu widget untuk SHARE via facebook or twitter. huhuu
suooo senanglah 'kalau' nak SHARE entry entry dari sini just click and.... 'sharing is power'! wink2
walaupun tak penah dibuat orang meng-share-kan entry dari belog ini. ha.. ha..
jadi lah widget ini :



semalam tertengok movie 'satu jam saja'
punyelah sedih ending dia. ini official sound track dia :
lagu pon best. lagu ni je la antara listed in my winamp selain lagu Rapuh by Opick n lagu Senyum by Malique.




Tuesday, 25 January 2011

i am january! ;)

Monday, 24 January 2011

semangat!

Bangun pagi-pagi terus berasa gumbira! sebab mimpi dapat no.1 dalam pertandingan speaking n writing. ngehaha. bangga gilo. zuupp! dalam hati terus berkata, mungkin petanda akan lulus test JPJ pukol 9pagi nanti. kalau lah betul carta mimpi tu kan, rase macam nak buat kenduri 7hari 7malam jek.
emak pesan bace selawat bebanyakk..bace robbiyassirwala. . .
sebelom start test, kene amek no giliran dulu. dapat no.9 plak drpd 42 orang. awal gilax. tapi no same dgn birthday, macam best jek...
"sembilan!" pakcik jpj panggil suh test. debo ehhh. rase macam nak nikah jek. nikah pun x debo camni kot. (takde pengalaman nikah ponn)
tarik nafas dalamdalam, bismillah . . .
pusingan 8 settle. ready untuk titi!
huhh titi pass! cayyalah!
alhamdulillahh dah lepas test jpj..naik kat pondok jpj tengok result. dalam hati, 'musti lulus punye nih. siap bertafakur atas titi tadi dah.'
"awak lulus bhg2, bhg3 awak gagal"
ciskek betol lah. malu dah nak turun kat balai menunggu. ade 41 org! musti diorang nk tanye lulus ke tak. dahla majoriti lelaki lelaki sejati. malu wey maluuu yeoppp.
takpelah malu cket jek....sedapkan hati.
sekali tanye budak2 nih, semua tak lulus! hahaha semua bhg3 dan kesalahan yg sama.
sekali rumusan, cume 8 or 9 orang jek yang lulus drpd 42 org! hakhakhak
memang aman lah malaysia pasni... semue tak reti merempit!

rase macam nak pegi jek kat pakcik jpj tu dan nak cakap, 'saya dah selalu ulangalik gemas-melaka, gemas-melaka, merempit dengan sopan santun lemah gemalai 80-100 km/j. bagi jek saya lulus! kayo ar jpj macam nih.....'


~
tak sangke Imammuda Asyraf sudi follow saya kat twitter. he hee

Saturday, 25 December 2010

sudah lama tidak membelogkan diri


pejam celik pejam celik, selesai juga pengajian S1 ku. hihi
alhamdulillah dengan rahmat Allah, berkat doa emak abah, keluarga, sahabat-sahabat, cikgu-cikgi, pensyarah-pensyarah, kawan-kawan dan sewaktu dengannya..
terima kasih ku hargai segala jasamu kukenang. semoga kalian semua dirahmati Allah sentiasa insyaallah..
[ system development life cycle - SDLC ] . . . masih panjang jauh pendek atau dekat,
tawakkaltu'alallah...
nak dikira kan, macam macam liku-liku longkang bagai dah ditempuh sepanjang umoq 23tahun.
23-sudah tua kah. alamak bulan depan up 24 pulak hadoi...malu malu malu. kerut makin banyak, acamane, acamane..
mode sekarang ni, nak rehat dolu dolu, sambil tunggu majikan datang melamar. boleh ke..


...

14 december 2010 @ 12.30am - picnic di pengkalan balak melaka dengan staf-staf PPMSB. geng geng involved kakLidd, hawe, kakIda, kakPJ n adiknye, serta geng geng lain termasuklah ahli ahli falak negeri melaka as our guide.
selonok nya picnic picnic atas tikar tengah tengah malam betul betul tepian ombak.
geng satu tikar picnic dengan menu utama rangka ayam. huhu
dapat jugak peluang tengok dengan mata kepala sendiri macam mane rupa meteor tu sobonaeh...alhamdulillah..
ni antara klip video hasil meteor-shower malam tu. .. bukan sdn bhd.

paling best malam tu, dapat sekali tengok meteor misteri iaitu warna hijau kebiruan.
subhanallah kuasa Allah..












: merindui rangka ayam pasar malam dungun.

Thursday, 23 December 2010

Sejarah 10 Muharram





Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram :

- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
- Dicipta Adam a.s.
- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
- Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.
- Firaun lemas.
- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
- Diangkat Nabi Isa ke langit.
- Diangkat Nabi Idris ke langit.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
- Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.
- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
- Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Wallahu 'alam



Related Posts with Thumbnails