Sunday, 3 January 2010

Mari berilmu

Pembelajaran tajwid dalam bentuk yang mudah untuk difahami..
siap dengan suara lagi.....download dan belajar secara off line..

Klik INI

MUAT TURUN AL QURAN DIGITAL DI SINI.

Friday, 1 January 2010

gejala sosial

ahhaaa sudah lama tidak update ini beLog yaa..

aku juga tidak tahu mengapa...

mungkin juga sibuk aja dengan projek projek semester lepas,

berterusan hingga ke cuti semester juga.

berlanjutan dengan aktiviti di masa cuti..

bersama kelasmet, kosmet, Umet juga. iaitu kelas 3P. Program Pentauliahan Professional.

aduh malas malas aja ikut program itu, udah ambil masa cuti, ambil juga masa masa penting

bersama keluarga.

tapi tidak apa ya, dapat juga kutip pengalaman kali kedua bersama 3P.

kali pertama dahulu bercinta dengan Comptia N+ dan cuti kelmarin bercinta dengan Java

SCJA juga.

kalau yang dulu nya Comptia N+ dirasakan sangat senang, lain pula dengan SCJA yang

dirasakan tersangat susah lorh.

habis 3P pula terus ke KL, melunaskan hutang hati.

bukan jumpa buah hati, mencari cinta baru.

pusing pusing 3 kali bangunan yang sama misi pencarian. tempat pertama itu juga menjadi

tempat terakhir berjaya bertemu kekasih baru.

HP center tempat itu.

apalagi terus aja dibawa pulang.

settal sudah buah hati baru, esoknya sosial dikit bersama hero hero emak, adik n kakak

di OneUtama. kakak buat amal belanja kami KennyRogersRoasters. aduh enak bangat.

esok pula ikut kakak juga ke Gombak, wedding anak kawan kakak.

sampai sampai aja, dapat seat very important person.. wah wah bersuka ria dengan hidangan.

petang nya pula, ke pasar malam Bkt.Sentosa. shopping makanan.

balik nya, apalagi terus dibedal bagai esok akan mati. se'eh orang ganu kata.

esok nya pula mencari lagi.

mencari sedikit ketenangan di Fraser Hill.

ketenangan yang telah lama hilang dibawa arus titik titik hitam.

ketenangan yang juga telah dikhinati.

ketenangan yang telah jauh ditinggalkan.

ketenangan itu didamba oleh semua.

tetapi tidak semua mendapat ketenangan itu.

hari ini 01 01 20 10

sebuah lagi buku baru dirasmikan dengan perjanjian hati.

semoga hari hari mendatang dihiasi dengan ketenangan yang BAQA' .

Thursday, 31 December 2009

Ayat Tersirat Pompuan

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira!
Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Monday, 7 December 2009

Diskusi II



Y : Kau nak tau tak.., sorang kawan aku dah tunang kemarin...rasa jeles plak kawan2 dah tunang, kawin, ada anak pun ade dah. sengihnampakgigi

X : Hah? budak tu dah tunang? awalnya kawinn... . . fikir. aku tengok budak2 sekarang ni, umo baru berapa je, kawenn.. pastu cerai... ingat kawin ni apa, memain ke. kawin bukan guna 1k, 5k, ada 20k, 30k, 40k, sudah2 cerai...habes duet ja.

Y : Ha'aa dah macam artis pulak kan. Tapi suda jodoh laa..

X : Ha'a baru aku teringat, kawan aku Rezza(bukan nama sebenar) kawen lah weekend ni! aduh
lum amik cuti lagi ni.

Y : Haaa..si Rezza tu dah nak kawen?? Waa..macam tak caya je Rezza nak kawin.haha

X : Alaa..dah sampai seru..lagipun dah lama dia ngn gf dia tu..sejak sekola tadika lagi dah kawan.

Y : Sejak tadika sampai umo sekian ni?? Wahh lamae tuu...dasat ye diorang. tak bosan ke?

X : Eh kau ni. kalau kau nanti dah kawin, bosan ckit je nanti, cerai ? camna laa...

Y : hehehe..taklaa..bukan gitu la..tapi tak sangka la diorang boleh kekal lagi sampai la ni!

X : Kalau kau plak cemana tentang kawin ni, macammana nak pertahankan kesetiaan?

Y : Kalau aku, yang penting hati...kenyit

X : Haa okla tu..senyum

Friday, 27 November 2009

Eid Adha

Mula nya tak balik kampong Johor.

pagi raya sesudah ummat solat sunah Adha,

atok di kampong telefon emak.

atok nak kami ada juga di sana.

terus kemas barang, balik johor tengahari itu juga.

atok idam kepala lembu. rezki atok, abah tolong sembelih qurban jiran, dapat la 1 biji kepala lembu.

pagi kedua EidAdha, bersarapan dengan atok n saudara mara lain.

atok mengingatkan hukum hukum Islam.

yang paling ketara dibincang ialah sifat 20.

atok pesan itu penting dilekat pada jiwa hati.

atok kata, kalau atok mati tapi tak sempat sampaikan ilmu ilmu penting,

atok akan ditanya akan tanggungjawab pada cucu cucu nya ini.

kami dengar dengan khusyuk serta kefahaman.


>>

Sifat 20 Bagi ALLAH

Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.


Monday, 23 November 2009

Charlie yang chummel !

Mari bergelak tawa sengihnampakgigi


Kisah makhluk bijak

gelakguling

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar.
Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas,
bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu.

So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot.
Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok
nyandar kat tepi dinding.


"Yg berbaju merah tu"
dia menjerit.
Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan
memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya
dgn nada yg agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap,

"Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI.
KALAU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN"


Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye,
seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.
Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye,
dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,


"Mamat tadi tu kerja department mana?"


Jawap si pekerja,

"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun"

menari


* kalau sume bos mcm ni, akan sy dtg lepaks2 kt kampeni tu men

Thursday, 19 November 2009

Ketika Cinta Bertasbih II

Salam pembuka bicara.. senyum

Saya suka untuk berkongsi satu mutiara kata ini yang saya gunting sedikit dari novel hasil kreatif serta pintar Habiburrahman El-Syirazy iaitu Best Seller Book,
Ketika Cinta Bertasbih II.


Sombong adalah sifat milik Allah saja, yang berhak memiliki hanya
Allah. Tidak boleh ada satu makhluk pun yang menyaingi Allah
dalam hal ini. Siapa yang menyaingi Allah dan merasa berhak
memiliki sifat takabbur maka dia berarti merasa menjadi Tuhan
manusia. Orang yang seperti ini pasti mendapat murka dari Allah.
Dalam sebuah hadits Qudsi, Allah ber firman, ’Sombong adalah
selendangKu, dan agung adalah pakaian-Ku. Siapa yang
menyaingiKu dalam salah satu dari keduanya maka akan Aku lempar
dia ke dalam neraka Jahannam.

Karena rasa sayang dan cinta Allah memerintahkan Rasulullah Saw.
untuk tawadhu’. Lalu karena rasa sayang dan cinta juga Rasulullah
memerintahkan kepada kita untuk tawadhu’. Rasulullah bersabda,
’Sesungguhnya Allah Swt. memerintahkan aku agar tawadhu’,
jangan sampai ada salah seorang yang menyombongkan diri pada
orang lain, jangan sampai ada yang congkak pada orang lain.

Rasululah adalah teladan bagi orang berakhlak mulia. Baginda
makhluk Allah paling mulia namun juga orang paling tawadhu’
dalam sejarah ummat manusia. Sejak muda Rasululah selalu
merendahkan dirinya.

Contoh yang menggetarkan jiwa kita, adalah baginda sama sekali
tidak risih menjadi penggembala kambing. Dengan menggembala
kambing baginda tidak hanya merendahkan diri pada manusia juga
pada binatang.

Baginda tidak canggung hidup di tengah-tengah kambing yang bau dan
kotor. Baginda menjaga dan melayani kambing dengan penuh kasih
sayang. Jika ada kambing yang melahirkan beliau membantu
persalinannya. Tidak ada jarak antara baginda dengan kambing yang
digembalakannya. Rasulullah tawadhu’ tidak hanya pada manusia
juga pada binatang ternak yang digembalakannya.

Contoh sifat tawadhu’ Rasulullah. yang lain adalah beliau masih
mau memakan makanan yang jatuh ke tanah. Dapat kita baca dalam
Sirah Nabawiyyah bahwa setiap ada makanan jatuh ke tanah,
Rasulullah Saw. tidak membiarkannya. Baginda pasti mengambilnya
dan membersihkannya. Baginda membuang kotoran seperti debu yang
menempel padanya lantas memakannya. Baginda selalu menjilati jari-jarinya
setelah makan. Baginda tidak merasa risih akan hal itu sama
sekali.

Anas bin Malik ra., pembantu Rasulullah Saw., menjelaskan jika
Rasul makan beliau menjilati jari-jarinya tiga kali. Anas
meriwayatkan: Rasulullah Saw. bersabda, ’Jika makanan kalian jatuh
maka buanglah kotorannya dan makanlah dan jangan
meninggalkannya untuk setan!


**Pertama kali saya membaca artikel tentang sunnah rasulullah yang ini. "Mengutip semula makanan yang telah terjatuh". Saya selalu rasa ingin mengutip balik makanan saya yang terjatuh, tetapi saya selalu melihat orang-orang keliling saya membiarkan makanan mereka yang masih halal dimakan jika dibersihkan, malah menjauhi sunnah Rasulullah itu, makanya saya terikut-ikut orang sekeliling saya agar membiarkan makanan yang telah terjatuh.
Apalah salahnya mengambil makanan yang jatuh itu, selagi boleh dibersihkan kotorannya dan selagi masih boleh dimakan.

Tidak hina mana pun menjaga rezeki kita, lebih hina lagi apabila membazirkan makanan rezeki Allah ya?


.

Friday, 13 November 2009

Lagi : ~~Ketika Cinta Bertasbih~~

Kamu tau kitab Allah! kamu tahu tuntunan Rasulullah!
Pernikahan yang bisa menyakiti pasangannya, itu haram hukumnya!
Kamu tau itu kan!




Related Posts with Thumbnails