Monday, 11 May 2009

Hari Ibu?

Eid '08 ~ emak abah bersama upin & ipin


Semalam?
Hari Ibu?
oh, selamat hari ibu kepada emak, Pn.Zaharah bt Hj Musa
baru hari ini nak ucapkan?
sepatutnya bukan kan..
siapa kah kandaku yg sulong? oh, kakak ku itu.., yg lahirnya, 18 September 1978 tu..
eh eh, dh banyak umur kakak ku itu rupanya ! heheh ;D
begitulah banyak nya, bondaku sudah menjadi seorang ibu..
DAN,, 18 September lah menjadi tarikh keramat kepada bondaku
sebagai ibu. JUGA ayahandaku itu kan... En.Md.Ngisum B Hj A Manan
sebagai seorang bapa. memang keramat tarikh itu. apakah agaknya perasaan mereka
seketika detik tersebut bermula dengan pangkat baru itu [ibu & bapa] .

sebenarnya, baru ku ketahui beberapa bulan yg lalu,
daripada usrah group bersama kak Fadh, kak Amni, Eima n Syawana, bahawa
sejarah hari ibu @ Mother's Day itu apakah kaitan nya'
aduhhai dunia..topik utama usrah itu adalah valentine day @ hari kekasih,
timbul pula diskusi kami kepada hari ibu dan hari lain2 pula.
alkisah, begitu rupanya.

semalam,
sogo kl adalah lokasi ku seketika, lunch hour
bersama emak, abah, akak, her husband, her sons ~ nabil n nawwar
akak bg emak perfume dr BodyShop
alamak, aku blum keje lah.hehe
tapi aku sempat lari kt secret recipe depan tu, rembat choclate indulgence ~ my favor
nyum2, mmg utk ibu lah. tapi konfem mak x abes nye.heheh

di masa2 itu, lidah ku kelu tatkala teringat akan usrah itu.
perlukah, wajib kah, adakah, betulkah, salahkah
ok

sesampai di rumah, google kucapai, sedikit kajian dioperasikan
oh ya. Malaysia dan beberapa lg negara mengambil cntoh amerika dan kanada
sambutan hari ibu ini. hasil sumber yg aku dapat, indonesia shj yg mengambil tarikh lain khsus kepada sejarah mereka sendiri. apakah ini

then, 11:37 pm. adik bongsuku dr asrama[mrsm gemencheh] call, kirim brg pe tah td,
adik : " k.cik, cikgu adik cakap, tak boleh sambut hari ibu ni sebenarnya...err..tapi....ckp kt mak selamat hari ibu utk hari-hari..' ".
aku plak : " a'ah, memang tak boleh. Eh, cakap la kt mak sendiri. Brg2 tu..,~bla,bla,bla~,, ok. "
adik : " ok, pggilkan mak "
so...,

~sebahagian dr artikel

{ Sejarah sambutan Hari Ibu yang kini dikenali di seluruh dunia pada hari minggu ke 2 bulan Mei berasal dari sambutan memperingati wanita bernama Anna Reeves Jarvis yang bermula pada tahun 1908. Kematian Anna Reeves Jarvis’s telah menyebabkan anak perempuannya Anna M. Jarvis memulakan kempennya untuk mewujudkan sambutan Hari Ibu secara rasmi. Dalam petisyennya kepada gereja di mana ibunya telah menghambakan diri untuk mengajar di kelas gereja setiap hari ahad, maka pada 10 Mei 1908, permintaannya telah dimakbulkan dan sambutan Hari Ibu telah dibuat secara rasmi di West Virginia. Pada waktu sambutan itu Anna M. Jarvis telah membuat dekorasi bunga Carnation sempena bunga kegemaran ibunya. Begitulah sejarah bunga Carnition dijadikan bunga rasmi sambutan hari ibu . Lazimnya Carnation Putih untuk penghormatan bagi ibu-ibu yang sudah tiada manakala Carnation Merah atau Merah Jambu untuk ibu-ibu yang masih ada. Di negara-negara Arab juga menyambut Hari Ibu pada 21 Mac dan kita di Malaysia memperingatinya seperti kebanyakan negara lain iaitu pada Ahad kedua pada bulan Mei. Di negara kita juga ada penganugerahan Ibu Mithali yang diadakan setiap tahun oleh Yayasan Dakwah Islamiah bertujuan mengitiraf Ibu-ibu yang berjaya memberikan didikan kepada anak-anak dengan kasih sayang sambil menekankan aspek dunia dan akhirat. }


Astaghfirullah...

macamane ni...
aduhhai...

Maka, akak, abang, adik2 ku,
Hari Ibu dan Hari Bapa kita adalah 18 September lah.


TEPUK DADA, TANYA IMAN
Renung-renungkan,,dan,,selamat ber'amal ! =)


0 comments:

Related Posts with Thumbnails