Semalam, Imam Muda episod 2.
Juma'at 9.00 malam tv di rumah sememangnya akan tetap setia dengan channel 106 Oasis.mana taknya, emak dan abah pun penonton setia selain saya.saya suka kerana saya boleh terus tonton sampai habis.tidak seperti siaran lain yang akan ditukar kerna abah tidak sehati tv dengan saya.
Semalam, saya dan emak agak 'shocked' melihat abah bergegas duduk menghampiri tv untuk dengar keputusan penyingkiran Imam Muda.kedudukan abah 7meter sebelum ini telah minus ke 2meter dekat pada tv.huhu menakjubkan.mungkin abah eksaited kerana dia juga memiliki jiwa imam hampir 23tahun.
Namun tiada penyingkiran berlaku.kesemua 10 peserta Imam Muda memang layak ke minggu seterusnya.Imam Muda Adib di tempat pertama pada kedudukan setelah ujian 50% bertulis 50% praktikal minggu lepas.
Mungkin baru kali ini emak abah turut sama rasa macam saya.rasa berbaloi juga melanggan astro bila ada rancangan macam ni.kalau tidak, hanya rancangan ulangtayang saja yang ada di astro.
~encek encek astro, renung renung kan ya.hu hu huuu
Jangan benci kitab Ihya Ulumuddin
1 day ago
0 comments:
Post a Comment