Saturday, 27 March 2010

TIDUR

Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :

[1] tidur ketika sangat perlu,

[2] tidur di awal malam –ini lebih bermanfaat daripada tidur di akhir malam,

[3] tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apalagi di waktu pagi dan petang sangat sedikit sekali manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu ‘Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.



~ tak sabo nak ubah jadual tido utk kembali kpd keadaan asal yg normal mcm 2 tahun lepas. insyaallah 4 bulan lagi. amin..


.

Monday, 22 March 2010

seketika

Aku..,
Berjalan dengan penuh harapan walaupun aku rasa hidup ini tidak bahagia..
Tidur dengan bertemankan doa walaupun putus asa melanda..
Ukir senyuman walaupun perasaan aku tak lagi mampu bertahan..
Tenangkan hati walaupun sedang dikocak kesedihan..
Berazam dalam tiap nafas walaupun aku takda keyakinan..

Sunday, 21 March 2010

let me

Can’t see which way to go
heart is full of shame
Ya Allah..
Guide my steps don’t let me go astray..
You’re the only one that showed me the way.

Saturday, 20 March 2010

Cinta Tanpa Syarat

" Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):


~http://saifulislam.com/?p=474~

"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17: 24)


Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor. Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 5 tahun meninggalkan kami?. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.

Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung?. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. 'Tazkirah Untuk Orang Mengaji' oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, "jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu." Saya memang rindukan bonda. Bonda saya juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan makam ayahanda di tepi masjid sebelah rumah. Bonda sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami semua.

Arwah nenda pernah berkata, "aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!" Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh. Mungkin semua itu kerana watak ayah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama ayah. Namun selepas ayahanda pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi.. Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh ayah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada ayah.

Kini terusbace

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".


www.iluvislam.com
Nukilan: Abu Saif
mawaryangtinggi

Wednesday, 17 March 2010

Mental

Saat ini..
rasa macam mental semacam
macam-macam perasaan ada.
macam taufan yang berganda-ganda

rindu teramat kat mak.
rindu anak-anak.

andai masa dapat kuundur,
alangkah bagus hidup
tapi bukan lah kita yang maha segala

semoga segala diiringi hikmah dr Nya
Insya Allah




Tuesday, 16 March 2010

BERSIN : Tasymit Dan Tahmid

Hadith :
Dari Anas bin Malik r.a katanya, dua orang lelaki bersin berhampiran nabi s.a.w. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang satu lagi tidak. Maka orang yang tidak ditasymitkan oleh baginda bertanya:”Si fulan bersin anda tasymitkan, tetapi saya bersin tidak anda tasymitkan. Mengapa begitu ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Yang ini sesudah bersin dia memuji Allah, sedangkan kamu tidak.”


Huraian
Sebagai rasa bersyukur mendengar orang yang bersin memuji Allah ketika ia bersin, maka hendaklah kita mendoakannya agar dirahmati Allah. Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan ‘al-hamdulillah’ selepas bersin maka dia tidak berhak untuk diberikan ucapan tersebut.
Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan “Yarhamukallah” dengan ucapan “Yahdiina wayahdii kumullah”, dan jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan ‘Afakallah “ ( Semoga Allah menyembuhkan anda ) sebagai ganti dari ucapan “Yarhamukallah“.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sunday, 14 March 2010

BAHAGIA MENGHADAPI UJIAN ALLAH

www.iLuvislam.com
oleh : harithah_addin88
editor : almusafirq8


Dalam meniti arus kehidupan,manusia seringkali diuji oleh Allah s.w.t. Ada sahaja yang menimpa diri,sehingga kekadang dirasa sudah tidak tertahan dengan ujian yang dihadapi.Bukan sengaja merintih nasib diri tetapi dugaan yang bertimpa-timpa sedikit sebanyak menguji keimanan yang tidak sekuat mana pun.

Ya,manusia memang mudah merasa sengsara apabila diasak bertubi-tubi dengan ujian dariNya.Hinggakan terlupa suatu hakikat bahawa orang yang diuji oleh Allah itu adalah hamba-hambaNya yang Dia sayangi.Firman Allah dalam Surah Ali Imran:139 yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,sebab kamu paling tinggi derajatnya,jika kamu orang yang beriman.”.


Justeru,mengapa memilih untuk berkeluh kesah dan menderita?Sedangkan kebahagiaan menanti dalam setiap ujian yang dihadapi.Tinggal lagi manusia yang harus mencarinya dengan hati yang tulus dan suci.Bagaimana?

1.Bergantung harap hanya pada Allah Rabbul ‘Alamin.
Allah yang mendatangkan ujian kepada manusia,jadi penawarnya juga ada padaNya.Manusia yang bertaqwa tidak akan membiarkan dirinya hanyut melayan perasaan sengsara,tetapi tetap bersyukur dengan ujian yang menimpa kerana dalam mengharunginya dia telah dianugerahkan ketabahan dan kesabaran.Maksud Firman Allah dalam Surah At-Taubah:129,

”Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakkal,dan Dia adalah tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

2.Mengimani dan meyakini qada’ dan qadar Allah.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya.Kerana Dia adalah Khalik,Zat yang mencipta manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.Allah telah menetapkan aturan terhadap manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain mengikut ilmuNya yang Maha L
uas,itulah yang dipanggil sunnatullah.Segalanya mengikut qada’ dan qadarNya.Manusia yang bertaqwa akan meyakini segala ujian yang dihadapi adalah ketetapan untuknya dari Allah dan ada hikmah serta rahmat di sebaliknya.Firman Allah dalam Surah At-Talaq:3 yang bermaksud

“…Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan urusannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.”


3.Mengimpikan kebahagiaan yang abadi di dunia dan akhirat.
Kiasannya,langit tidak akan selalunya mendung pasti terbit jua sang mentari di ufuk timur.Allah pasti menyusulkan kemudahan di setiap kesusahan yang diberikan kepada hambaNya.Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah:5 dan 6 yang barmaksud,

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”

Manusia yang bertaqwa bukan sahaja menginginkan kebahagiaan di
dunia yang sementara tetapi mendamba kebahagiaan hakiki di akhirat kelak.Lantas dia tidak mudah melatah dengan ujian yang dihadapi,kerana baginya itu satu peluang untuk memperoleh rahmat Allah di dunia dan akhirat.Firman Allah dalam Surah Az-Zumar:61 yang bermaksud,

“Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa kerana kemenangan mereka(pada hari kiamat).Mereka tidak disentuh oleh azab dan tidak bersedih hati.”


4.Menginsafi diri bahawa ada manusia yang lebih dhaif.Setiap kali ditimpa dugaan,manusia pasti merasakan dialah yang paling menderita dan bernasib malang di dunia ini.Walhal ada yang lebih dhaif darinya tetapi tidak pernah mengeluh,tetap redha dengan aturan Allah kepadanya.Manusia yang bertaqwa akan memandang kepada orang yang lebih bawah setiap kali didatangkan dengan ujian dariNya kerana hanya dari situ dia melihat dirinya lebih baik dan beruntung.Dia juga menanamkan qana'ah dalam dirinya dan menzahirkan rasa syukurnya kepada Allah dengan sebaiknya.Firman Allah dalam Surah Ibrahim:7 yang bermaksud,

“Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu,maka pasti azabKu amat berat.”




Secara tuntasnya,Allah menguji hambaNya bukan tujuanNya untuk menyeksa,tetapi itu adalah suatu rahmat dariNya.Dan kerana Allah menciptakan manusia untuk kehidupan di akhirat,lantas dunia ini hanya tempat untuk mencari perbekalan.Firman Allah dalam Surah Al-Mukminn:115 yang bermaksud,

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main2 saja,dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”.

Justeru,hadapilah ujian dariNya dengan hati yang redha kerana pasti ada hikmat yang tersembunyi disebaliknya.Kerana semakin sayang Allah pada manusia,semakin dia diuji,namun dirawatnya dengan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan pada hati.Wallahu’alam.


src : www.iLuvislam.com

Wednesday, 10 March 2010

ALBUM 01-2010


Salam 1 Malaysia!

Program Penggugahan Diri
Sabtu | 06-03-2010
Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah | Bukit Katil | Melaka




Program Penggugahan Diri SM Teknik Melaka Tengah


bosan-bosan kite take break dolu

m0nkey style


begambo sokmo

m0nkey!!! bo0o0O!






Wednesday, 3 March 2010

insyaallah ^-^


^-^


wawawaaaaa...
lame giler tak update diari nan satu ni hihihi
nak kate bz takde la bz mane pung
tapi.......ade perkara yang menjadi pagar yang berpintu tetapi 'loCked'
dan.....tuan tanah malas nak cari kunCi nya

tapi hari ini bukan sebab sudah terjumpa kunCi,
tapi tuan dah ada tenaga nak tendang pintu kasi pecah
sebab, tuan taknak 'cara' lagi dgn pagar itu

| oh sudah boleh merepek apabila 23 ini |

takpe, kadangkala dapat melegakan otak heee
padahal otak memang lega jah
otak lega tapi ada yg tidak lega
dek kerana tidur yg tidak sempurna

sudah hampir setahun jadual tidak menentu
bila la nak berubah ni
kenapa?
kerana itu lah ini lah

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

diari hari ini nak, sharing is caring

ala lagu jer..
lagu jer? oh ini lagu sangat bagus
mari manfaatkan bersama


Related Posts with Thumbnails