wuaa tajuk macam nak bikin gempak..takde ape pun..tak gempak macam drama tv3 atau filem sembilu. taktahu nak letak tajuk ape. padahal tak wajib pun letak tajuk. tapi kalau tak letak nanti kene banned pulak. letak je lah sesedap duasedap rase.
cik bedah rase nak cerita pasai perasaan yang tacing tacing. walaupun muke cik bedah ni tak berperasaan je gamaknye..lupe nak tanye kawan kawan muke cik bedah ni kategori muke jenis ape. muke penuh perasaan ke takde perasaan ke separa perasaan. tapi yang cik bedah tahu cik bedah selalu bermain dengan perasaan. macam macam perasaan..perempuan...kan penuh perasaan..tapi kepada yang rase cik bedah ni muke macam takde perasaan..dats wrong my pren..
teringat dulu penah kene bebel dengan servant kat celcom. tah angin bulan mane tah cik celcom tu datang. suke suke die jek nak bebel kat customer. nasib baik lah dapat pelanggan cool macam cik bedah ni. dahla kene bebel dengan cik celcom pastu kene bebel dengan member pulak sebab tak lawan cakap orang celcom tu. huhu cik bedah yang naif! cik bedah mengaku tak reti nak lawan cakap orang kecuali orang tersayang. ampunnn...
nak ringkaskan cerita (penat lah taip bunge bunge kalah zaman dolu dolu) ,,, cik bedah asik/banyak cry cry je lah awal tahun 2011 ni. rasenye 2010 lah sepatutnya bedah cry cry sentiasa dengan dugaan yang lebih hebat. tapi 2011 ni bedah sangat lemah semangat nak hadap bende sedih sedih. dulu dulu banyak terjadi kes kes takde pun bedah cry cry a river. semangat je hadap masalah baru. tapi kali ni lain pulak. adekah sebab bedah dah beranjak kategori dewasa? dah 24 lebo macam ni takkan baru nak matang kot...
lately..bedah terasa bedah masih sweet seventeen lah. bedah risau nanti takde org masuk minang. --berangan bersambung. bedah sendiri confuse dengan umo sendiri. macam patut jumpe dr fadzilah kamsah gaya nye ni. boleh tilik kajian metafizik sains kemanusiaan.
~semalam bedah kene marah dgn sorang member maya. die tak bagi bedah belajar sesuatu. terus bedah nangis sampai tertido sengguk sengguk depan laptop. rase sedikit terharu ade member yang prihatin. sob sob sob . . .
Thursday, 24 February 2011
antara darjat darjat
Monday, 22 March 2010
seketika
Aku..,
Berjalan dengan penuh harapan walaupun aku rasa hidup ini tidak bahagia..
Tidur dengan bertemankan doa walaupun putus asa melanda..
Ukir senyuman walaupun perasaan aku tak lagi mampu bertahan..
Tenangkan hati walaupun sedang dikocak kesedihan..
Berazam dalam tiap nafas walaupun aku takda keyakinan..
Saturday, 20 March 2010
Cinta Tanpa Syarat
" Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):
Kini terusbace
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".
Nukilan: Abu Saif
mawaryangtinggi
Wednesday, 17 March 2010
Mental
Saat ini..
rasa macam mental semacam
macam-macam perasaan ada.
macam taufan yang berganda-ganda
rindu teramat kat mak.
rindu anak-anak.
andai masa dapat kuundur,
alangkah bagus hidup
tapi bukan lah kita yang maha segala
semoga segala diiringi hikmah dr Nya
Insya Allah
Sunday, 14 March 2010
BAHAGIA MENGHADAPI UJIAN ALLAH
oleh : harithah_addin88
editor : almusafirq8
Ya,manusia memang mudah merasa sengsara apabila diasak bertubi-tubi dengan ujian dariNya.Hinggakan terlupa suatu hakikat bahawa orang yang diuji oleh Allah itu adalah hamba-hambaNya yang Dia sayangi.Firman Allah dalam Surah Ali Imran:139 yang bermaksud,
“Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,sebab kamu paling tinggi derajatnya,jika kamu orang yang beriman.”.

Justeru,mengapa memilih untuk berkeluh kesah dan menderita?Sedangkan kebahagiaan menanti dalam setiap ujian yang dihadapi.Tinggal lagi manusia yang harus mencarinya dengan hati yang tulus dan suci.Bagaimana?
1.Bergantung harap hanya pada Allah Rabbul ‘Alamin.
Allah yang mendatangkan ujian kepada manusia,jadi penawarnya juga ada padaNya.Manusia yang bertaqwa tidak akan membiarkan dirinya hanyut melayan perasaan sengsara,tetapi tetap bersyukur dengan ujian yang menimpa kerana dalam mengharunginya dia telah dianugerahkan ketabahan dan kesabaran.Maksud Firman Allah dalam Surah At-Taubah:129,
”Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakkal,dan Dia adalah tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung.”
2.Mengimani dan meyakini qada’ dan qadar Allah.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya.Kerana Dia adalah Khalik,Zat yang mencipta manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.Allah telah menetapkan aturan terhadap manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain mengikut ilmuNya yang Maha Luas,itulah yang dipanggil sunnatullah.Segalanya mengikut qada’ dan qadarNya.Manusia yang bertaqwa akan meyakini segala ujian yang dihadapi adalah ketetapan untuknya dari Allah dan ada hikmah serta rahmat di sebaliknya.Firman Allah dalam Surah At-Talaq:3 yang bermaksud
“…Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan urusannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.”
3.Mengimpikan kebahagiaan yang abadi di dunia dan akhirat.
Kiasannya,langit tidak akan selalunya mendung pasti terbit jua sang mentari di ufuk timur.Allah pasti menyusulkan kemudahan di setiap kesusahan yang diberikan kepada hambaNya.Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah:5 dan 6 yang barmaksud,
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”
Manusia yang bertaqwa bukan sahaja menginginkan kebahagiaan di dunia yang sementara tetapi mendamba kebahagiaan hakiki di akhirat kelak.Lantas dia tidak mudah melatah dengan ujian yang dihadapi,kerana baginya itu satu peluang untuk memperoleh rahmat Allah di dunia dan akhirat.Firman Allah dalam Surah Az-Zumar:61 yang bermaksud,
“Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa kerana kemenangan mereka(pada hari kiamat).Mereka tidak disentuh oleh azab dan tidak bersedih hati.”
4.Menginsafi diri bahawa ada manusia yang lebih dhaif.Setiap kali ditimpa dugaan,manusia pasti merasakan dialah yang paling menderita dan bernasib malang di dunia ini.Walhal ada yang lebih dhaif darinya tetapi tidak pernah mengeluh,tetap redha dengan aturan Allah kepadanya.Manusia yang bertaqwa akan memandang kepada orang yang lebih bawah setiap kali didatangkan dengan ujian dariNya kerana hanya dari situ dia melihat dirinya lebih baik dan beruntung.Dia juga menanamkan qana'ah dalam dirinya dan menzahirkan rasa syukurnya kepada Allah dengan sebaiknya.Firman Allah dalam Surah Ibrahim:7 yang bermaksud,
“Dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu,maka pasti azabKu amat berat.”

Secara tuntasnya,Allah menguji hambaNya bukan tujuanNya untuk menyeksa,tetapi itu adalah suatu rahmat dariNya.Dan kerana Allah menciptakan manusia untuk kehidupan di akhirat,lantas dunia ini hanya tempat untuk mencari perbekalan.Firman Allah dalam Surah Al-Mukminn:115 yang bermaksud,
Justeru,hadapilah ujian dariNya dengan hati yang redha kerana pasti ada hikmat yang tersembunyi disebaliknya.Kerana semakin sayang Allah pada manusia,semakin dia diuji,namun dirawatnya dengan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan pada hati.Wallahu’alam.
Friday, 1 January 2010
gejala sosial
ahhaaa sudah lama tidak update ini beLog yaa..
aku juga tidak tahu mengapa...
mungkin juga sibuk aja dengan projek projek semester lepas,
berterusan hingga ke cuti semester juga.
berlanjutan dengan aktiviti di masa cuti..
bersama kelasmet, kosmet, Umet juga. iaitu kelas 3P. Program Pentauliahan Professional.
aduh malas malas aja ikut program itu, udah ambil masa cuti, ambil juga masa masa penting
bersama keluarga.
tapi tidak apa ya, dapat juga kutip pengalaman kali kedua bersama 3P.
kali pertama dahulu bercinta dengan Comptia N+ dan cuti kelmarin bercinta dengan Java
SCJA juga.
kalau yang dulu nya Comptia N+ dirasakan sangat senang, lain pula dengan SCJA yang
dirasakan tersangat susah lorh.
habis 3P pula terus ke KL, melunaskan hutang hati.
bukan jumpa buah hati, mencari cinta baru.
pusing pusing 3 kali bangunan yang sama misi pencarian. tempat pertama itu juga menjadi
tempat terakhir berjaya bertemu kekasih baru.
HP center tempat itu.
apalagi terus aja dibawa pulang.
settal sudah buah hati baru, esoknya sosial dikit bersama hero hero emak, adik n kakak
di OneUtama. kakak buat amal belanja kami KennyRogersRoasters. aduh enak bangat.
esok pula ikut kakak juga ke Gombak, wedding anak kawan kakak.
sampai sampai aja, dapat seat very important person.. wah wah bersuka ria dengan hidangan.
petang nya pula, ke pasar malam Bkt.Sentosa. shopping makanan.
balik nya, apalagi terus dibedal bagai esok akan mati. se'eh orang ganu kata.
esok nya pula mencari lagi.
mencari sedikit ketenangan di Fraser Hill.
ketenangan yang telah lama hilang dibawa arus titik titik hitam.
ketenangan yang juga telah dikhinati.
ketenangan yang telah jauh ditinggalkan.
ketenangan itu didamba oleh semua.
tetapi tidak semua mendapat ketenangan itu.
hari ini 01 01 20 10
sebuah lagi buku baru dirasmikan dengan perjanjian hati.
semoga hari hari mendatang dihiasi dengan ketenangan yang BAQA' .
Monday, 7 December 2009
Diskusi II
Y : Kau nak tau tak.., sorang kawan aku dah tunang kemarin...rasa jeles plak kawan2 dah tunang, kawin, ada anak pun ade dah.
X : Hah? budak tu dah tunang? awalnya kawinn... . . . aku tengok budak2 sekarang ni, umo baru berapa je, kawenn.. pastu cerai... ingat kawin ni apa, memain ke. kawin bukan guna 1k, 5k, ada 20k, 30k, 40k, sudah2 cerai...habes duet ja.
Y : Ha'aa dah macam artis pulak kan. Tapi suda jodoh laa..
X : Ha'a baru aku teringat, kawan aku Rezza(bukan nama sebenar) kawen lah weekend ni! aduh
lum amik cuti lagi ni.
Y : Haaa..si Rezza tu dah nak kawen?? Waa..macam tak caya je Rezza nak kawin.haha
X : Alaa..dah sampai seru..lagipun dah lama dia ngn gf dia tu..sejak sekola tadika lagi dah kawan.
Y : Sejak tadika sampai umo sekian ni?? Wahh lamae tuu...dasat ye diorang. tak bosan ke?
X : Eh kau ni. kalau kau nanti dah kawin, bosan ckit je nanti, cerai ? camna laa...
Y : hehehe..taklaa..bukan gitu la..tapi tak sangka la diorang boleh kekal lagi sampai la ni!
X : Kalau kau plak cemana tentang kawin ni, macammana nak pertahankan kesetiaan?
Y : Kalau aku, yang penting hati...
X : Haa okla tu..
Friday, 9 October 2009
HATI DAN PERASAAN
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Wallahu A'lam.