Saturday 25 December 2010

sudah lama tidak membelogkan diri


pejam celik pejam celik, selesai juga pengajian S1 ku. hihi
alhamdulillah dengan rahmat Allah, berkat doa emak abah, keluarga, sahabat-sahabat, cikgu-cikgi, pensyarah-pensyarah, kawan-kawan dan sewaktu dengannya..
terima kasih ku hargai segala jasamu kukenang. semoga kalian semua dirahmati Allah sentiasa insyaallah..
[ system development life cycle - SDLC ] . . . masih panjang jauh pendek atau dekat,
tawakkaltu'alallah...
nak dikira kan, macam macam liku-liku longkang bagai dah ditempuh sepanjang umoq 23tahun.
23-sudah tua kah. alamak bulan depan up 24 pulak hadoi...malu malu malu. kerut makin banyak, acamane, acamane..
mode sekarang ni, nak rehat dolu dolu, sambil tunggu majikan datang melamar. boleh ke..


...

14 december 2010 @ 12.30am - picnic di pengkalan balak melaka dengan staf-staf PPMSB. geng geng involved kakLidd, hawe, kakIda, kakPJ n adiknye, serta geng geng lain termasuklah ahli ahli falak negeri melaka as our guide.
selonok nya picnic picnic atas tikar tengah tengah malam betul betul tepian ombak.
geng satu tikar picnic dengan menu utama rangka ayam. huhu
dapat jugak peluang tengok dengan mata kepala sendiri macam mane rupa meteor tu sobonaeh...alhamdulillah..
ni antara klip video hasil meteor-shower malam tu. .. bukan sdn bhd.

paling best malam tu, dapat sekali tengok meteor misteri iaitu warna hijau kebiruan.
subhanallah kuasa Allah..












: merindui rangka ayam pasar malam dungun.

Thursday 23 December 2010

Sejarah 10 Muharram





Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram :

- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
- Dicipta Adam a.s.
- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
- Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.
- Firaun lemas.
- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
- Diangkat Nabi Isa ke langit.
- Diangkat Nabi Idris ke langit.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
- Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.
- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
- Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Wallahu 'alam



Wednesday 22 December 2010

agar aku ...

adamku
kau sebenarnya imam dan aku makmum
aku adalah pengikutmu kerana kau ketua
jika kau benar,maka benarlah aku
jika kau lalai,maka lalailah aku
wahai adam
kau punya kelebihan akal
manakala aku kelebiahn nafsu
akalmu sembilan,nafsumu satu
akalku satu,nafsuku beribu
oleh itu,adam..
pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa
sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya

adamku
aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu
akanku aminkan doamu
agar kelak luas syurgaku
lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu
agar kelak nanti diberkati Ya Rabbi
kenalkan aku dengan majlis-majlis agama
ajarilah aku Yassin dan memahami Al-Quran
kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat yang penh barakah
khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu
bimbinglah aku dengan amar ma'aruf dan nahi mungkar

adamku
ajarilah aku
agar aku menjadi isterimu yang solehah
didiklah aku supaya menjadi permata dilembah kaca
selimutkan aku dengan iman dan taqwa
sebagai bekal ke jalan Allah
ingatkan aku supaya tunduk,hormat dan patuh kepadamu setiap waktu
tolonglah adam
agar aku tidak beku
bantulah aku
agar otakku tidak buntu
selamatkanlah aku daripada seksaan api neraka yang tidak tegar aku tanggung
pimpinlah aku menuju nur Al-Jannah
tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah
bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah
moga aku secerdik Aisyah Humairah Rasulullah
setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah
sezuhud dan sepatuh Rabi'atul Adawiyah
sekuat iman umpama taatnya sumayyah
seikhlas dan semurni hati Halimas sa'adiah
serta segagah Nailah Al-FArashiyah yang tegar
meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah
seindah wanita adalah solehah
moga aku hiasan terindah hidupmu Adam..

~insyaAllah~

Related Posts with Thumbnails