Sunday 17 April 2011

oH Malaysia! + menuai hasil tanaman

Jumaat yang lepas saya ke KL dan tersinggah ke jalan masjid jamek..dan terhasil gambar-gambar seperti di bawah. jemaah jumaat menunaikan solat Juma'at di sekitar baazar jalan masjid jamek beralaskan sejadah masing-masing. pertama kali saya singgah kat jalan masjid jamek ni pd hari jumaat. begini rupanya bila hari jumaat. dan saya tak berpeluang nak tempuh baazar ni dgn tenang. rasa terkilan tengok jemaah terpaksa tunaikan ibadah diorang dalam keadaan macam ni. merata-rata..yang tidak diketahui lantai pejalan-pejalan kaki yg entah tapak dari mana entah bersih entah tidak. kasihan sangat bila tengok keadaan macam ni walaupun bagi mereka sudah biasa berkeadaan macam ni. Malaysia tercinta boleh dirikan shopping complex yg besar-besar gedang indah-indah spt Pavillion, Midvalley, dan banyak lagi. tapi nak perbesar ruang masjid pun tak mampu ke. kasihan Malaysia..tukar je baazar ni jadi serambi masjid kan elok.


jemaah Juma'at sedang khusyuk menunaikan ibadah Juma'at
 
pelancong berasa kagum ?

bas yang ber-rekabentuk baru. ada 3 lajur seat single

gambar di atas menunjukkan saya sedang duduk di dalam bas dari KL pulang ke Gemas. saya balik dari 1 interview dengan IBM Cyberjaya dengan sangat pasrah. pasrah di sini kerana saya telah ditemuduga oleh encek operation manager yang macam tak berminat nak amek sy sebagai staff die. dia tengok sijil-sijil sy macam acuh tak acuh je. segala salinan dokumen sy nak bagi free pun dia taknak. tapi sesi temuduga sangat sempoi dan penemuduga pun sempoi ja. i like. sy berasa kagum dengan penemuduga itu kerana usia yg sangat muda sudah berada pada tahap seorang manager. he deserved it. seorang yang rendah diri, baik, cool, santai. saya senang hati dapat pengalaman berjumpa orang-orang yg macam ni.

setelah 2 jam perjalanan dalam bas, dapat call dari seseorang dan bertanya "macammane dgn interview tadi" (speaking). dgn yakin saya menjawab "saya tidak yakin boleh dapat post tu" (speaking juga [terpaksa]). dan si dia berkata, "tahniah! awak dapat post itu." (speaking). sy membalasnya, "oh really?? very very very thank you....!" sedikit menjerit sy kegembiraan diterima bekerja. 4 bulan kot tanam pisang, epal, jagung, akhirnya boleh dituai juga....ALHAMDULILLAH...


Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Saturday 9 April 2011

koc wanita

tengok kosmo semalam, pasal koc wanita untuk KTM sekarang. agak menarik artikel tu sebab rase esaited nak komen komen komen sebab dah beberapa minggu dan sudah agak berbulan menggunakan khidmat koc wanita tu rase terpanggil untuk komen secara sendirian berhad ni.

artikel kosmo

same je macam gerabak biase cume tiada penumpang lelaki kecuali bayi lelaki atau kanak2 lelaki sahaje
teringat mase bawak nawwar (my nephew) jalan2 kat midvalley naik komuter, nawwar tanye, "alang nape takde lelaki ni, nawar je lelaki" dan aku dgn bangga tunjuk dgn jari gambar simbol besar yg betul2 terlekat kt tingkap belakang die. 'Ladies coach'. tapi ade jugak 2,3 org penumpang lelaki dan memalukan jek. kalau tak reti bace takpelah dimaafkan.

**pengalaman membawa anak lelaki jalan2, kalau die suke mintak2 nak itu nak ini, diamkan aje n bla aje nanti die dian dan ikut saje. senang cerita. kesian anakbuah aku sorang tu. kalau nenek die tahu mesti alang kene bahan sebab tak endahkan cucu KESAYANGAN. ha ha

beginilah kemajuan sistem KTM sekarang, wanita dah pandai beratur tunggu tren. tapi masih ade segelintir yang takde rase hormat langsung, berdiri betul2 di tengah2 laluan disembark.

dan disebabkan ada nya koc wanita ni, wanita melayu moden sudah pandai bertolak tolak berhimpit himpit sambil terjerit jerit ada jugak yang menangis takut kene tinggal kawannye. orang lain berebut nak masuk tren, sempat2 buat drama kat landasan. nasibbaik budak bawah umor.

disebabkan koc wanita, sang isteri dan bayi nya terpisah dari sang suami sebab suami ke koc umum, bila dah tak muat isteri terpaksa ke koc wanita. kalau ada koc untuk pasangan suami isteri mesti lagi best kan. selesa pun ye gak untuk anak2 yg bayi2 mentah lagi tu.

time saya gune koc wanita takde pun dapat badge ini. =.="

Related Posts with Thumbnails