Sunday, 17 April 2011

oH Malaysia! + menuai hasil tanaman

Jumaat yang lepas saya ke KL dan tersinggah ke jalan masjid jamek..dan terhasil gambar-gambar seperti di bawah. jemaah jumaat menunaikan solat Juma'at di sekitar baazar jalan masjid jamek beralaskan sejadah masing-masing. pertama kali saya singgah kat jalan masjid jamek ni pd hari jumaat. begini rupanya bila hari jumaat. dan saya tak berpeluang nak tempuh baazar ni dgn tenang. rasa terkilan tengok jemaah terpaksa tunaikan ibadah diorang dalam keadaan macam ni. merata-rata..yang tidak diketahui lantai pejalan-pejalan kaki yg entah tapak dari mana entah bersih entah tidak. kasihan sangat bila tengok keadaan macam ni walaupun bagi mereka sudah biasa berkeadaan macam ni. Malaysia tercinta boleh dirikan shopping complex yg besar-besar gedang indah-indah spt Pavillion, Midvalley, dan banyak lagi. tapi nak perbesar ruang masjid pun tak mampu ke. kasihan Malaysia..tukar je baazar ni jadi serambi masjid kan elok.


jemaah Juma'at sedang khusyuk menunaikan ibadah Juma'at
 
pelancong berasa kagum ?

bas yang ber-rekabentuk baru. ada 3 lajur seat single

gambar di atas menunjukkan saya sedang duduk di dalam bas dari KL pulang ke Gemas. saya balik dari 1 interview dengan IBM Cyberjaya dengan sangat pasrah. pasrah di sini kerana saya telah ditemuduga oleh encek operation manager yang macam tak berminat nak amek sy sebagai staff die. dia tengok sijil-sijil sy macam acuh tak acuh je. segala salinan dokumen sy nak bagi free pun dia taknak. tapi sesi temuduga sangat sempoi dan penemuduga pun sempoi ja. i like. sy berasa kagum dengan penemuduga itu kerana usia yg sangat muda sudah berada pada tahap seorang manager. he deserved it. seorang yang rendah diri, baik, cool, santai. saya senang hati dapat pengalaman berjumpa orang-orang yg macam ni.

setelah 2 jam perjalanan dalam bas, dapat call dari seseorang dan bertanya "macammane dgn interview tadi" (speaking). dgn yakin saya menjawab "saya tidak yakin boleh dapat post tu" (speaking juga [terpaksa]). dan si dia berkata, "tahniah! awak dapat post itu." (speaking). sy membalasnya, "oh really?? very very very thank you....!" sedikit menjerit sy kegembiraan diterima bekerja. 4 bulan kot tanam pisang, epal, jagung, akhirnya boleh dituai juga....ALHAMDULILLAH...


Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

3 comments:

sweet strawbery said...

tahniah kak !

[نور عيني] said...

timekasih kawan-sa'adah ;)

sa'adah bagi handmade card congrats. awak xnak bg akak ape2 ker? hehehhe

Anonymous said...

aini..bestnyer dpt keje..hihi..tahniah dik..

Related Posts with Thumbnails