Showing posts with label Imam Muda. Show all posts
Showing posts with label Imam Muda. Show all posts

Monday, 24 January 2011

semangat!

Bangun pagi-pagi terus berasa gumbira! sebab mimpi dapat no.1 dalam pertandingan speaking n writing. ngehaha. bangga gilo. zuupp! dalam hati terus berkata, mungkin petanda akan lulus test JPJ pukol 9pagi nanti. kalau lah betul carta mimpi tu kan, rase macam nak buat kenduri 7hari 7malam jek.
emak pesan bace selawat bebanyakk..bace robbiyassirwala. . .
sebelom start test, kene amek no giliran dulu. dapat no.9 plak drpd 42 orang. awal gilax. tapi no same dgn birthday, macam best jek...
"sembilan!" pakcik jpj panggil suh test. debo ehhh. rase macam nak nikah jek. nikah pun x debo camni kot. (takde pengalaman nikah ponn)
tarik nafas dalamdalam, bismillah . . .
pusingan 8 settle. ready untuk titi!
huhh titi pass! cayyalah!
alhamdulillahh dah lepas test jpj..naik kat pondok jpj tengok result. dalam hati, 'musti lulus punye nih. siap bertafakur atas titi tadi dah.'
"awak lulus bhg2, bhg3 awak gagal"
ciskek betol lah. malu dah nak turun kat balai menunggu. ade 41 org! musti diorang nk tanye lulus ke tak. dahla majoriti lelaki lelaki sejati. malu wey maluuu yeoppp.
takpelah malu cket jek....sedapkan hati.
sekali tanye budak2 nih, semua tak lulus! hahaha semua bhg3 dan kesalahan yg sama.
sekali rumusan, cume 8 or 9 orang jek yang lulus drpd 42 org! hakhakhak
memang aman lah malaysia pasni... semue tak reti merempit!

rase macam nak pegi jek kat pakcik jpj tu dan nak cakap, 'saya dah selalu ulangalik gemas-melaka, gemas-melaka, merempit dengan sopan santun lemah gemalai 80-100 km/j. bagi jek saya lulus! kayo ar jpj macam nih.....'


~
tak sangke Imammuda Asyraf sudi follow saya kat twitter. he hee

Sunday, 11 July 2010

Imam muda episod 7

Ustaz Shahrizan Daud (Mursyid Imam) ,"sebagai seorang imam, mesti mempunyai kredibiliti. bagaimana kita menampilkan karisma kita sebagai seorang imam. kita mesti mementingkan etika kita. barangkali cara kita bercakap. pemakaian kita bagaimana. sesuai atau tidak untuk kita meninggalkan kopiah kita untuk memakai topi ketika gotong royong seumpamanya. kita mesti cuba untuk menjadi imam yang fleksibel. maksudnya ialah bukan hanya kita sebagai imam,bererti kita orang agama dan kita menjadi orang agama yang tipikal. maksudnya serban, jubah sahaja, membaca al-qur'an sahaja, malah sudah tiba masanya untuk kita mendepani dalam era IT, teknologi dan sebagainya. mungkin sudah tiba untuk kita mengenali facebook, twitter, blog, dan sebagainya. bukan saja imam di kampung, malah kita akan menjadi imam di mata dunia insyaAllah."



Saturday, 5 June 2010

Imam Muda episod 2





Semalam, Imam Muda episod 2.
Juma'at 9.00 malam tv di rumah sememangnya akan tetap setia dengan channel 106 Oasis.mana taknya, emak dan abah pun penonton setia selain saya.saya suka kerana saya boleh terus tonton sampai habis.tidak seperti siaran lain yang akan ditukar kerna abah tidak sehati tv dengan saya.
Semalam, saya dan emak agak 'shocked' melihat abah bergegas duduk menghampiri tv untuk dengar keputusan penyingkiran Imam Muda.kedudukan abah 7meter sebelum ini telah minus ke 2meter dekat pada tv.huhu menakjubkan.mungkin abah eksaited kerana dia juga memiliki jiwa imam hampir 23tahun.
Namun tiada penyingkiran berlaku.kesemua 10 peserta Imam Muda memang layak ke minggu seterusnya.Imam Muda Adib di tempat pertama pada kedudukan setelah ujian 50% bertulis 50% praktikal minggu lepas.

Mungkin baru kali ini emak abah turut sama rasa macam saya.rasa berbaloi juga melanggan astro bila ada rancangan macam ni.kalau tidak, hanya rancangan ulangtayang saja yang ada di astro.
~encek encek astro, renung renung kan ya.hu hu huuu

Related Posts with Thumbnails