Friday, 28 May 2010
INDAH
Malam ini malam yang begitu INDAH bagi golongan Adam yang pergi ke Masjid untuk menunaikan Solat Isya' berjemaah.
Malam ini malam yang begitu HINA bagi golongan Adam yang khusyuk bermain facebook sehingga terlepas menunaikan Solat Isya' berjemaah di Masjid dan melewatkannya.
Malam ini malam yang begitu INDAH bagi golongan Hawa yang menghabiskan masa di rumahnya berkhidmat kepada kedua ibu bapanya dan keluarganya. Bagi yang berkahwin, duduk bersama suaminya dan berkhidmat kepadanya (tak semesti ehem2 je)
Malam ini malam yang begitu HINA bagi golongan Hawa yang menghabiskan masa di Clubbing, Pub, Disko dan tempat maksiat. Juga bagi mereka yang keluar berdating dengan Teman Lelaki mereka, apa yang lebih malang, Sehingga yang berzina. Nauzubillah.
Sahabat!. Ingat!. Berjaga2!. Mungkin malam ini malam yang terakhir buat anda!.
Tuesday, 18 May 2010
MAHUKAH ANDA MENDAPAT PAHALA SEBESAR BUKIT UHUD ?
Ziarahilah saudara seakidah yang meninggal dunia, solatkan jenazahnya dan iringi jenazahnya ke perkuburan hingga disemadikan.Perkara ini adalah berdasarkan hadis sahih riwayat al-Bukhari yang bermaksud : Sesiapa yang menghadiri jenazah seseorang muslim dalam keadaan iman & ihtisab, hingga disolatkan ke atasnya,hingga selesai dikebumikan maka baginya pahala 2 qirat, setiap satu qirat sebesar bukit Uhud, sesiapa yang menghadirinya hingga disolatkan kemudian dia pulang sebelum dikebumikan baginya satu qirat pahala.
( Riwayat al-Bukhari )
Thursday, 13 May 2010
Tujuh kalimat
Tujuh kalimat
> > > > > > > > > > Sabda Rasulullah S.A.W > > > > > > > > > > > > > >
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!
KELEBIHAN SUJUD
kELEBIHAN SUJUD
[25.60] Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): "Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!" Mereka bertanya: "Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?" Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.
Kelebihan Sujud
Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tuesday, 11 May 2010
Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ..."
Source: Al-Muttaqin
Saturday, 8 May 2010
drama dalam cuti pendek
asmaradana lagi best kot dari adamaya..asmaradana ni sedih. sedih. sedih.
azizah : mati saya kalau belajar kat luar negara
amran : ke awak mati rindukan saya
azizah : kenapa saya kena rindu kat awak
amran : o ok belagak
amran : takpe saya mintak belajar tempat lain
azizah : hee mesti la rindu
amran : eeee tak malu rindu kat orang...
azizah : eee tak rinduuu
amran : ee rinduuu
azizah : mane ader
amran : hee saya pun rindu kat awak.. eee
Saturday, 1 May 2010
Fadhilat & Hikmah membaca Adh Dhuha
Surah Adh-Dhuha (bererti waktu Dhuha) merupakan Surah yang ke 93 di dalam Al-Quran, mengandungi 11 ayat. Ia di namakan Adh-Dhuha kerana di awal Surah itu Allah Taala bersumpah dengan waktu tersebut dan juga dengan waktu malam, bahawa Dia tidak meninggalkan atau membenci Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang diperkatakan oleh kaum kafir musyrik.
Di dalam surah ini, Allah SWT memberi semangat kepada baginda agar jangan menghiraukan tuduhan dan fitnah musuh-musuh Islam.
Surah ini turun setelah begitu lama wahyu terhenti. Sedangkan wahyu itulah sumber kekuatan jiwa baginda, bekalan rohani untuk berdepan dengan peritnya ujian dan beratnya bebanan risalah dakwah. Wahyu-wahyu Allah dan pertemuan dengan kekasihnya adalah penawar untuk merawat luka-luka jiwanya akibat tentangan dan kebencian kaumnya sendiri kepada baginda. Ketika tekanan berada dipuncak Rasulullah itulah turunnya surah ini membawa kasih mesra, rahmat, perdampingan, kerelaan, ketenteraman dan keyakinan, seolah-olah memujuk Baginda SAW.
1. Demi waktu dhuha (ketika matahari naik sepenggalah),
2. Dan demi malam apabila telah sunyi,
3. Tuhanmu tiada meninggalkan kamu (Muhammad) dan tiada (pula) membencimu,
4. Dan sungguh, hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan,
5. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.
6. Bukankah dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu dia melindungimu?
7. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberikan petunjuk.
8. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu dia memberikan kecukupan.
9. Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.
10. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu mengherdiknya.
11. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu nyatakan (dengan bersyukur)
Fadhilatnya
Menurut ulama, apabila Surah ini diamalkan membacanya menjadi wirid tujuh kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan tujuh kali setiap matahari terbenam, insyaAllah akan terselamat dari kehilangan atau kecurian.
Sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian, maka kerjakanlah solat sunat Dhuha tiga kali (dua rakaat sekali) pada setiap padi Jumaat sehinggalah yang hilang itu dapat kembali. Selepas memberi salam berdoalah memohon kepada Allah SWT.
Selain dari itu, sesiapa yang mengamalkan membaca Surah Adh-Dhuha empat puluh kali setiap hari, selama empat puluh hari dan berdoa memohon kepada Allah SWT, insyaAllah hidupnya terjauh dari keadaan fakir.