Sunday, 26 July 2009

MONYETNYA CINTA KITA

JOM JOM JOM marisini SAPA MAU IKOT menari


Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan Program

Saturday, 25 July 2009

pendayung sampan...

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan
menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu
pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak
banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun
Professor itu membuat kajian.

Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang;
selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya
Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu
mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati,
"Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professoritu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai.
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung
sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?

" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawabpendayung sampan
itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi."Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?"
Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu
geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalaumacam ni,
kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itulagi,
"Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala."Kasihan.
Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professoritu
masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya
menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan75
peratus dari usia kamu.

Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan
dengan mendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejekdan
angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja
datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan
terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula
pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professoritu
menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus
nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.





Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak
guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara
penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya
lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada
kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidangyang
diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yang
dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna
adalah kemenangan sempurna...


5 perkara penting dlm hidup


خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل
1:wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak

3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa gangguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari..

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
kata nabi saw

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat


Thursday, 23 July 2009

Manusia hari ini

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum
senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...

Saturday, 18 July 2009

Syiok.home bukan syok.org

waduhhh
bagus sekali berada di rumahhh....
ternyata tempat terbaik untuk aku adalah rumahku syurgaku..
sesiapa yang tidak berada di rumah masing-masing
jangan berkecil hati ya dengan entry kali ini..

sesiapa yang berasa dirinya tidak tenteram, masih ada banyak cara
untuk menghakis unsur-unsur negatif.
kawan-kawan tidak perlu risau ya..
setiap itu ada rancangan dari Nya untuk setiap kita..

Friday, 17 July 2009

Isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku!

Salam...
Today's entry just wanna share a story i got from my cLick'.
This entry also dedicated especially for all called, 'husband', 'will becoming a husband', 'man', 'gentlemen', 'guy', 'boy', 'lelaki', etc.


Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
" semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku...

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "


"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan."


Pls: Semoga Allah mengurniakan saya seorang suami seperti di atas. Amin.. doa

Wednesday, 15 July 2009

Petua ?

Salam.. :hi:
Hari ini nak share satu petua dari kawan-kawan..
Ade terbace 1 petua ni..umumnya petua ini untuk yang bergelar ayah@ibu..
Tapi sengaja mau dikongsi dalam diari ini. Almaklum, suatu hari nanti, akan dapat juga gelaran itu.hihhi
kawan itu kata,

"em nak kongsi satu rahsia dalam mendidik anak2, diceritakan dalam banyak riwayat oleh org2 tua, supaya anak dgr ckp ibu bapa, jgn sesekali ibu bapa makan @ minum bekas anak2 yg sudah minum/makan, praktikkan... Insya Allah anak dgr ckp ibu bapanya nanti..."

Tapi, macammane kalau seorang ibu@ayah 'perabis' makanan anak tu untuk tujuan tidak berlaku pembaziran?
Membazir itu kan amalan ?? takbole


hmm.. fikir
"Renung2kan, dan selamat Beramal"

Sunday, 12 July 2009

Senarai Makanan & Hikmahnya dalam Islam

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati'. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

'Endive' (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan 'makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba'.

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda 'jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas'. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga'. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.'

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.' Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.



Plz : Delima salah satu makanan terbaik. Zaman nabi tidak makan organ dalaman, tetapi satu-satunya organ dalaman yang dimakan ketika zaman itu adalah hati ikan. Manggis adalah antioksida paling baik. Manggis juga dapat menyejukkan badan, lebih-lebih lagi musim durian yang memanaskan badan kan.

Saturday, 11 July 2009

REUNION 2009


Salam.. khas untuk sahabat-sahabatku, ex-samura Science-Muar-Royal-Academy aka Muar-Science-School aka Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.

Di sini saya ingin menyampaikan hebahan dari ex-batch kita iaitu saudara Mohd Johari Bin Mohamed.



ASSALAMUALAIKUM....

Pd 4 Julai 2009, setelah mangadakan perbincangan ringkas dgn beberapa org dr batch kita, kami telah bersepakat tentang usul2 utk mengadakan REUNION 2009.....

antara perkara2 yg dibincangkan adalah spt berikut :

1) Lokasi utk reunion...
bg memudahkan bdk2 zon tgh (KL, N9) & selatan (melaka,johor), kami telah mencadangkan utk membuat d MELAKA...kemungkinan besar d KUALA LINGGI....

2) Tarikh...
hujung thn, bln DISEMBER...

3) Souveneir...
cadangan utk membuat T-Shirt sempena reunion....

4) Mencari Sponsor...
utk meringankan beban kewangan masing2, diminta agar rakan2 dpt mencari sponsor dr mana2 pihak....

5) melantik jawatankuasa
bg meringankan beban kerja, tubuhkan jawatankuasa bg menguruskan perkara2 yg berkaitan....

sehubungan dgn itu, saya membuka ruang bg rakan2 utk memberi cadangan & menawarkan diri secara sukarela utk menjadi ahli jawatankuasa....

sama2lah kita cuba utk menjayakan & merealisasikan majlis ini....

yg BENAR,
Mohd Johari Bin Mohamed.

p/s : plz spread this among our frens yg xda FB or yg xdpt dhubungi melalui FB......tq...

Thursday, 9 July 2009

Sesi Berkenalan dengan Boe-bot & Sumobot

Boe-bot hasil assemble aku & sis amni.


SumoBot



Boe-bot


Salam semua tetamu dairi yang tiada rahsia ini
kikiki jelir

Hari ini hari ketiga(monday is foya2 day) aku pergi sekolah setelah 3 hari sekolah dibuka semula setelah 2 bulan lebih cuti semester. Sepatutnya jam 9 - 11 pagi tadi dan 11 - 1 pm hari ini, aku ada kelas Pengaturcaraan Logik - Dr.Burairah dan Agen Pintar - Dr.Samad. Akan tetapi, aku dan rakan sekelasku (agak happenning) dikehendaki mewajibkan diri mengikuti kelas Bengkel II, kerana kami perlu 'assemble' robot-robot kami..

Haaa...? Robot...?
Perasaan sebelum bertemu encik-encik robot, aku sangat segan malu nak ketemu dengannya,
almaklum, siapalah aku nak sentuh-sentuh robot ni kan...
Boleh ke aku ni nak pegang robot?uhhuu...
Pertandingan robocon ke, roborace ke, pun aku tak pernah nak jenguk, niat tu adelaa..hehehe
Well...dah jodoh orang kata..bertemulah kita ye encik-encik robot.

Hari ini adalah hari robot. aku berkenalan dengan Boe-bot dan Sumobot. mula2 instructor tu ajo cemane nak assemble Sumobot, tapi aku tak dapat Sumobot, tapi Boe-bot. kne la tgk kwn2 pasang sumobot.. pastu dah mula boring tgk diorang lambat nak pasang, pelagi, aku n geng pandai2 buat2 diri pandai, pasang Boe-bot tu senyap2..
instructor dah terperasan kitorang pandai2 bawak diri.hah
kitorang buat,buat,buat, pasang, tnye2 instructor ckit, siap! hihi
then tambah camera dan sesungut(detector) kat litar dia.
bangga dapat pasang robot tu. sengihnampakgigi hihihi

Hari akan datang pula kitorang akan buat coding nya pula dan load pada robot2 tersebut. celebrate

Sunday, 5 July 2009

apakah warna keadaan

warna memainkan peranan sesuatu
tetapi tidak setiap sesuatu harus diwarnai disuaipadankan dengan warna yang rasional bagi unsur-unsur tertentu.
kadangkala prinsip skema pada sesuatu harus dibelakangkan untuk memberi ruang kepada unsur lain bersatu.
mungkin warna melambangkan peribadi sesuatu keadaan? rindu

8 Chinese proverb


WITH MONEY YOU CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME


WITH MONEY YOU CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME


WITH MONEY YOU CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP


WITH MONEY YOU CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE


WITH MONEY YOU CAN SEE A DOCTOR, BUT NOT GOOD HEALTH


WITH MONEY YOU CAN BUY A POSITION BUT NOT RESPECT


WITH MONEY YOU CAN BUY BLOOD BUT NOT LIFE


WITH MONEY YOU CAN BUY SEX BUT NOT LOVE

Thursday, 2 July 2009

Korean vs Malaysian

Satu lagi video ingin dikongsi bersama hari ini.
Korean vs Malaysian
chitchat of beautiful ladies in Global Talk Show
Tak sangka, orang kita pun ada laku di sana tepuktangan
cakap korea berabuk tuu senyumkenyit

peace Sophia Ridza ihikhik

video

Wednesday, 1 July 2009

Links for PBS

Salam.. :hi:

Hanya ingin menyelitkan link untuk mendownload movie yang telah dientrykan sebelum ini "Perempuan Berkalung Sorban" di atas permintaan ex-classmate kita.

PBS Part1
PBS Part2
PBS Part3
PBS Part4

Enjoy urseLf celebrate

Related Posts with Thumbnails