Monday, 21 February 2011

ambition renewal

As salamualaikum bloggers..

kali ni dapat ilham untuk gantung cita-cita baru kat otak ni. selama ni bual-bual dengan adik kakak n kawan-kawan saja. adik lelaki ku bersungguh sungguh planning dia nak kumpul dinar emas. kali ni, rase terpanggil nak bina azam baru ni. hehu~ mari tengok mari tengok ape ini.

[Public Gold + Certificate]

cita-cita baru saya inilah dia mahu kumpul dinar emas semampu yang mungkin. insyaAllah.. mahu kembali kepada tradisi Islam. sama instinct macam M.Nasir pulak kan.

[M.Nasir menyerahkan 13 keping dinar emas kepada Marlia Musa sebagai mahar]

M.Nasir menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin masa nikah dengan Marlia Musa. Dia memilih wang 13 keping dinar emas kerana "ingin kembali kepada tradisi Islam".

Mas kahwin ialah dibayar oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga menunjukkan kesungguhan mengahwininya serta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa rasa tanggungjawab di pihaknya.

Dalam satu hadits lain, diriwayatkan oleh Muslim, Abu Salamah Ibnu Abdurrahman Radliyallaahu 'anhu berkata: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a: 'Berapakah maskawin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam.' Ia berkata: 'Maskawin beliau kepada istrinya ialah dua belas uqiyyah dan nasy'. Ia bertanya: 'Tahukah engkau apa itu nasy?' Ia berkata: 'Aku menjawab: Tidak'. 'Aisyah berkata: 'Setengah uqiyyah, jadi semuanya lima ratus dirham'. Inilah mas kawin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam kepada para istrinya."

hurmm...kalau kat negeri 9 ini..mas kahwin yang ditetapkan rm200 tunai. tapi kalau sy dapat mas kawin dgn 1 dinar emas..best jugak kan. 1 dinar = rm648.00 *(._.)* one day nanti mesti nilai die up melambung kalau disimpan elok elok. tapi...takkan nak demand-demand pulak dgn bakal suami kan...malu lah i.. (==") mas kahwin tu kan mahar dari keikhlasan si suami...takpelah..kumpul jongkong emas sendiri jer..

(kalau si dia bakal suami bace entry ini kan bagus.suami yang memahami! ahaha)


[Public Dinar Daily Price]

[Gold.......hurmmm]

NAK KUMPUL EMAS.. NAK KUMPUL EMAS... yehhuuuuu!

4 comments:

lyn_linna said...

uish..menarik giler..hehe..bgus la cik aini ni

[نور عيني] said...

menarik kan? jomm kite borong emas ketul3. simpan 5 tahun nanti berganda 3 kali ganda mungkin.

atycool.blogspot.com said...

bagusla , best ni . bole join saham kak ain ni , haaa cari suami kayo sikit . ngehehe

[نور عيني] said...

taknak somi kayo. nak yg berduit. hakhak
takdela nk yang bese2 jer..bersederhana...tapi nak emas dinar jugaaa.haha

Related Posts with Thumbnails