Thursday, 10 March 2011

NICE coach

2.34 petang : bas gerak Subhanallazhi sakh-khorolana haza wamakunna lahu muqrininn wainna ila robbina lamungqolibun...amin.. baru beberapa hari x hapdet belog, rase macam dah bertahun tak jenguk. sangat banyak cerita kisah lagu yang boleh di-story-mory. tapi kali ni nak story yang aku/saye sedang berada dalam coach bus. same saiz macam bas lain tapi bas bernama NICE ni lebih condusive exclusive interactive berbanding bas bas lain. saye tak amik bas KL lain sebab semua nye menuju ke puduraya. jauhlah nak amek train. jauh kene jalan kaki. (saye bukan pemalas, jauhi negative thinking ^^) hah baru kene puji dah dapat habuan waima hanya 1 cup mineral bernama Vitation siap straw sekali. bas ni siap ade waitress lahhaii...bebunge bunge hati aku dapat layanan macam dalam kapal terbang pulak. dalam hati berkata, makanan takde ke kak.hehe lapo lah. dah pukul 2.44pm sekarang still tak makan lunch lagi. perut macam meraung raung mintak dibelai. dah biase duduk umah nak makan makan g dapur. ini bas takde dapur lah. tahan je lah.dari Melaka sentral ni nak sampai KL Central berapa jam agaknya. 1st time guna khidmat bas NICE ni so taktahu berapa lame nak sampai KL dan dapat makan makan kat central.saba ye perut saba. bas condusive sebab seat besar sedap diduduk empuk je kusyen die. selonok selonok. exclusive sebab ade waitress n mineral. interactive sebab ade wayang yang tengah tayang movie "Dragon Tiger Gate" itu. tapi aku duduk seat 6A agak jauh dari screen so penglihatan ku kabur kerana berlagak tak pakai spec tanak ade cop rabun.gagaga lagi satu yang exclusive nye kat setiap 2 seat ade soket plug boleh lah nak charge nfon ke laptop ke iron pon boleh.tapi charger sony ericson ku tak muat plak nak test2.dan tak berani nak test guna charger laptop. battery laptop ade 65% lagi cukup kot nak mengarang story utk ainingisum.blogspot ni...aminn. tangan dah mule rase sengal nak menaip sebab sejuk kene aircond nasib baik bawak pashmina/shawl tebal yang emak belikan kat mekkah 3bulan lepas. pakai dalam bas ni harap harap membawa barakah untuk interview di Serdang esok dan lusa di PWTC.amin..harapnye sangkut lah satu job utk ku agar dapat teruskan ibadah hidup dengan tenang.amin.. esok akan first time drop kat KTM Serdang sorang2.berani tapi agak cuak lah.tawakkal je lah esok mencari tempat interview tu.semoga dipermudahkan Allah. amin.. SAYA BERANI SAYA PINTAR SAYA BIJAK SAYA KUAT SAYA BOLEH (sedapkan hati sikit) sebenarnya masa beli tiket bas tadi, aku tak tanye pun kat abang tu bas ni drop kat mana. sebab dah yakin memang KLCentral (bukan berlagak atau perasan ^^V) sebab kat papan kaunter tu tulis MelakaSentral ke KLCentral so aku percaya lah KLCentral yang salu aku drop bile via komuter.bile dah lepak surau tunggu bas sampai, tengok2lah tiket cun warne purple tu...alih2 name tempat drop is "Terminal KTM Old Railway Station"! thats mean.....ia adalah stesen ktm lame nuuu.adehhh kene plak amik tren g KLCentral baru.cett. (tak elok mengeluh, kejayaan lari.ops!) takpelah..berdikari..(sedapkan hati lagi) ..otak hanya ade perkataan lapar saje ni. berfikir fikir nak makan ape kt central nanti.banyak na choice even kennyrogers takde.kfc banyak seat tapi kene naik atas.mcd kat bawah tapi maybe fullpeople.mane2 aje ler.. padan muka aku nak sangat bawak beg berat berat belagak macam kuat sangat. dahla lupa minum monavie pagi tadi.tawakkal je lah.aminn.moga diberi kekuatan. alamak battery dah tinggal 37% kejapnyer. mari tido mari tido.......z z z zzzzzzzzzzzz

Saturday, 26 February 2011

If you had a time machine, what date would you travel to?

saat saat kematian. saat sakaratulmaut.

Ask me anything

Antara keluarga dan kehendak sendiri.. mana 1 yg perlu diutamakan? Kita dah fikir dalam2, jika ikut cara keluarga.. masalah tak kan selesai. Dan dgn cara kita je yg mungkin dapat selesaikan masalah ini.

Nabi sabda, orang yg paling baik adalah dia yang paling baik pada keluarganya. (dan Nabi Muhammad lah sebaik baik ciptaan)
tapi, kalau kita rasa cara kita tu lebih baik, ikut kehendak sendiri.
tapi kan nk ajukan soalan ni juga. hehe lihat dan jawab ok.

Ask me anything

Thursday, 24 February 2011

pre-matured

dah 10 tahun kot jerawat tak tumbuh kat dahi ni. tibe minggu ni due ketul sekali die nk timbul. pelik lah.....kenape ek..mak kate jerawat ni orang banyak berangan..rasenye takde pun berangan lebih lebih..macam bese je macam selalu.huhu
adakah pertumbuhan jerawat disebabkan kisah kisah sadis lately..
takpelah jerawat is jerawat..dun worrie....masih sihat boleh bernafas lagi..alhamdulillah..

teringat member mase praktikal aritu..member tu teringin nk jerawat kt pipi..sebab nak nampak matured. hehe ayat cool dr seorang wanita..


antara darjat darjat

wuaa tajuk macam nak bikin gempak..takde ape pun..tak gempak macam drama tv3 atau filem sembilu. taktahu nak letak tajuk ape. padahal tak wajib pun letak tajuk. tapi kalau tak letak nanti kene banned pulak. letak je lah sesedap duasedap rase.
cik bedah rase nak cerita pasai perasaan yang tacing tacing. walaupun muke cik bedah ni tak berperasaan je gamaknye..lupe nak tanye kawan kawan muke cik bedah ni kategori muke jenis ape. muke penuh perasaan ke takde perasaan ke separa perasaan. tapi yang cik bedah tahu cik bedah selalu bermain dengan perasaan. macam macam perasaan..perempuan...kan penuh perasaan..tapi kepada yang rase cik bedah ni muke macam takde perasaan..dats wrong my pren..
teringat dulu penah kene bebel dengan servant kat celcom. tah angin bulan mane tah cik celcom tu datang. suke suke die jek nak bebel kat customer. nasib baik lah dapat pelanggan cool macam cik bedah ni. dahla kene bebel dengan cik celcom pastu kene bebel dengan member pulak sebab tak lawan cakap orang celcom tu. huhu cik bedah yang naif! cik bedah mengaku tak reti nak lawan cakap orang kecuali orang tersayang. ampunnn...

nak ringkaskan cerita (penat lah taip bunge bunge kalah zaman dolu dolu) ,,, cik bedah asik/banyak cry cry je lah awal tahun 2011 ni. rasenye 2010 lah sepatutnya bedah cry cry sentiasa dengan dugaan yang lebih hebat. tapi 2011 ni bedah sangat lemah semangat nak hadap bende sedih sedih. dulu dulu banyak terjadi kes kes takde pun bedah cry cry a river. semangat je hadap masalah baru. tapi kali ni lain pulak. adekah sebab bedah dah beranjak kategori dewasa? dah 24 lebo macam ni takkan baru nak matang kot...
lately..bedah terasa bedah masih sweet seventeen lah. bedah risau nanti takde org masuk minang. --berangan bersambung. bedah sendiri confuse dengan umo sendiri. macam patut jumpe dr fadzilah kamsah gaya nye ni. boleh tilik kajian metafizik sains kemanusiaan.

~semalam bedah kene marah dgn sorang member maya. die tak bagi bedah belajar sesuatu. terus bedah nangis sampai tertido sengguk sengguk depan laptop. rase sedikit terharu ade member yang prihatin. sob sob sob . . .



[ade seseorang pernah letak bedah untuk watak lisasuri. bedah ni comel macam lisasuri kah?? hailaaa~]




:: dapat gelaran bedah masa kat petronas dulu


Wednesday, 23 February 2011

If you could have any car you wanted, what kind of car would you get?

toyota caldina the cutest! ngee

Ask me anything

Monday, 21 February 2011

ambition renewal

As salamualaikum bloggers..

kali ni dapat ilham untuk gantung cita-cita baru kat otak ni. selama ni bual-bual dengan adik kakak n kawan-kawan saja. adik lelaki ku bersungguh sungguh planning dia nak kumpul dinar emas. kali ni, rase terpanggil nak bina azam baru ni. hehu~ mari tengok mari tengok ape ini.

[Public Gold + Certificate]

cita-cita baru saya inilah dia mahu kumpul dinar emas semampu yang mungkin. insyaAllah.. mahu kembali kepada tradisi Islam. sama instinct macam M.Nasir pulak kan.

[M.Nasir menyerahkan 13 keping dinar emas kepada Marlia Musa sebagai mahar]

M.Nasir menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin masa nikah dengan Marlia Musa. Dia memilih wang 13 keping dinar emas kerana "ingin kembali kepada tradisi Islam".

Mas kahwin ialah dibayar oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga menunjukkan kesungguhan mengahwininya serta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa rasa tanggungjawab di pihaknya.

Dalam satu hadits lain, diriwayatkan oleh Muslim, Abu Salamah Ibnu Abdurrahman Radliyallaahu 'anhu berkata: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a: 'Berapakah maskawin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam.' Ia berkata: 'Maskawin beliau kepada istrinya ialah dua belas uqiyyah dan nasy'. Ia bertanya: 'Tahukah engkau apa itu nasy?' Ia berkata: 'Aku menjawab: Tidak'. 'Aisyah berkata: 'Setengah uqiyyah, jadi semuanya lima ratus dirham'. Inilah mas kawin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam kepada para istrinya."

hurmm...kalau kat negeri 9 ini..mas kahwin yang ditetapkan rm200 tunai. tapi kalau sy dapat mas kawin dgn 1 dinar emas..best jugak kan. 1 dinar = rm648.00 *(._.)* one day nanti mesti nilai die up melambung kalau disimpan elok elok. tapi...takkan nak demand-demand pulak dgn bakal suami kan...malu lah i.. (==") mas kahwin tu kan mahar dari keikhlasan si suami...takpelah..kumpul jongkong emas sendiri jer..

(kalau si dia bakal suami bace entry ini kan bagus.suami yang memahami! ahaha)


[Public Dinar Daily Price]

[Gold.......hurmmm]

NAK KUMPUL EMAS.. NAK KUMPUL EMAS... yehhuuuuu!

Ketika Istri Tersenyum

The Teaching of Grandshaykh Abdullah Faiz ad-Daghestani

by Maulana Shaykh Nazim al-Haqqani

Bagaimana seorang istri menerima suaminya? Grandsyeh kita memberikan Pengetahuan Ilahiah mengenai hal ini:

“Ketika seorang wanita tersenyum kepada suaminya, Allah memerintahkan seluruh syurga membukakan pintu untuk dia masuk. Baginya, secara khusus Allah mempersiapkan sebuah istana bagaikan istana yang belum pernah dipersiapkan sebelumnya. Ia akan menganugerahkan berkah yang belum pernah dianugerahkan sebelumnya! Mengapa Allah yang Maha Kuasa menganugerahkan berkah sedemikian rupa? Karena ketika seorang istri tersenyum kepada suaminya, dia mengangkat semua kesulitan dalam sehari dari pundak suaminya. Hal ini memberikan cinta di antara mereka, dari hati isteri kepada suami.”

“Cinta adalah alasan untuk melanjutkan kehidupan keluarga. Jika tidak ada cinta, keluarga itu berpisah. Oleh karena itu, Allah menyukai wajah-wajah tersenyum. Ini adalah hal yang sederhana, tapi sangat penting. Allah tidak pernah menyukai kebencian antara suami dan istri, antara mukmin.”

“Rasulullah (saw) bersabda bahwa tersenyum merupakan sedekah (amal) untuk setiap orang. Rasulullah (saw) datang untuk memperluas cinta di antara umat; oleh karena itu, kita harus berbuat hal yang sama. Janganlah bersikap lain kepada orang - orang yang berbeda. Jangan memperlihatkan wajah yang baik kepada satu orang, dan wajah yang buruk kepada yang lain. Kalian harus ingat, kita semua adalah hamba Allah yang Maha Kuasa dan kita telah diperintahkan untuk berbuat yang baik saja kepada satu sama lain. Ini merupakan karakter unik seseorang untuk tersenyum atau menangis dan tidak diberikan pada haiwan.”




“Di Surga ada bagian - bagian tersendiri untuk masing - masing orang. Ketika seseorang melakukan perbuatan baik, salah satu bagian itu akan muncul sebagai karunia atau berkah, Surga dipenuhi begitu banyak karunia tersebut sehingga tidak ada ruang kosong ditempatkan walaupun untuk satu jari saja! Mukmin (orang beriman) akan menikmati limpahan rahmat ini setiap saat, tanpa akhir.”

“Namun,” lanjut Grandsyeh kita, “Bila seorang wanita menerima suaminya dengan wajah amarah, Allah akan memerintahkan malaikatNya untuk menutup pintu Surga dan akan memerintahkan Neraka agar terbakar lebih panas untuk dia. Akibat amarah seorang istri, semua limpahan rahmat hidup ini dan berikutnya diharamkan baginya. Dia harus secepatnya berubah dan meminta ampun, sebelum amarahnya tertulis dalam catatan Allah!”

“Wajah amarah menyebabkan hati suami merasakan benci kepada istri. Walaupun sang istri sendiri mempunyai kesulitan dan merasa menderita, dia harus menerima suaminya dengan senyuman. Untuk ini, Allah akan menghadiahkannya dengan membuang semua kesulitan tersebut. Inilah rahasia dalam menjaga keluarga yang kuat.”

“Bila komuniti keluarga kuat, masyarakat pun kuat. Maka, hidup akan berlanjut dengan bahagia, tanpa kesulitan. Oleh karena itu, dalam Islam adalah sunnah untuk para istri tersenyum agar cinta bisa tumbuh. Hal yang sederhana, tapi membawa dampak yang besar.”


Thursday, 17 February 2011

lisa, u buat ape je cuti aritu? hehehe

hehehe, lisa duk umah je..klik2 website yang ade keje kosong. esok lisa ade interview kat damansara. lisa sangat nervoussss. doakan lisa tenang dan dipermudahkan. :]

Ask me anything

Related Posts with Thumbnails