Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan dapatkan perhatian. Apabila seorang wanita menyatakan sedang bersedih tetapi tidak mengalirkan air mata, itu bermakna dia sedang bersedih didalam hati. maka pujuk lah wanita itu dengan kelembutan.. bukan kekerasan, jangan berkasar dengan WANITA kerana WANITA sangat sensitif dan ingin setiasa di belai..
CEREWET
Bukan bermaksud "fussy" tidak tentu hala kadang kala ingin lelaki mengikat kata-katanya sekali-sekala. ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu, tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal.. ini boleh memburukan lagi keadaan..
HALUS
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut, mudah tercarik dan terkoyak..walaupun seseorang wanita memaafkan salah silap seseorang insan yang disayangi, lazimnya wanita itu akan ingat kesalahan itu sampai bila-bila untuk dijadikan pengajaran..bukannya DENDAM..
IKHLAS
Ikhlas seorang wanita tidak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai WANITA..
PERASAAN
Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga, atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan dirinya dicintai sepenuh hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu..
PRIHATIN
Sentiasa memerhati keadaan sekeliling dalam diam .. Wanita juga mudah jatuh hati yang prihatin dengan selalu ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya..selalu lah bertanya khbar WANITA yang anda cintai.. tidak rugi bukan?
MANJA
Walaupun dia seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang WANITA.. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain yang bergelar sahabat atau keluarga..
EGO
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya walaupun apabila bergaduh kedua-dua pasangan bersalah.. itu kerana wanita terlalu sayangkan pasangan..dan sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga hubungan mereka menjadi baik seperi sedia kala. Maka apabila wanita sudah ketepikan ego mereka.. lelaki janganlah pula menunjukan ego mereka pula.. kerana nanti lelaki yang akan rugi!
CINTA
Apabila lelaki yang dicintainya menghubungi melalui telefon, si gadis akan acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat untuk melayan pasangan mereka.. Jangan salah erti.. sebenarnya selepas telefon diletakkan telefon wanita tersebut akan menjerit kegembiraan.. sehingga mereka akan menceritakan kepada rakan-rakan atau orang yang mereka rapat..itulah wanita....
SEKS
Bukanlah segala-galanya bagi wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal.. Mereka mempunyai banyk nafsu dan tidak tertumpu kepada 1 sahaja.. lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan 1 nafsu.. fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya..
2 comments:
nak copy and 4ward ke email abg ilhan lah..kekekekkeke
idea bernas bt para suami :)
Post a Comment